Friday, February 6, 2015

Tangga bergerak membazir


Pembinaan tangga bergerak gergasi untuk kegunaan penduduk kaya
Pembinaan tangga bergerak gergasi untuk kegunaan penduduk kaya di satu kawasan perumahan mewah di Chongqing, dikritik banyak pihak sebagai membazir. – AGENSI
CHONGQING 5 Feb. – Tindakan Majlis Bandar Raya Chongqing yang membina laluan tangga bergerak gergasi untuk penduduk kaya di satu kawasan perumahan mewah di sini, dikutuk sebahagian pihak yang menyatakan projek itu satu pembaziran.
Majlis bandar raya itu dikritik kerana tunduk kepada permintaan para penduduk di kawasan perumahan baharu itu.
Tangga bergerak itu dibina selepas penduduk di kawasan perumahan berkenaan merungut penat menggunakan tangga.
Menurut akhbar Daily Mail, jurutera mengambil masa selama tiga bulan untuk membina laluan tersebut yang menghubungkan kediaman penduduk dengan sebuah stesen kereta api bawah tanah.
Bagaimanapun, sebahagian jurutera menyifatkan pembinaan tangga bergerak itu sebagai membazir kerana memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.
“Pada musim luruh, tangga itu akan dipenuhi daun kering, manakala pada musim sejuk pula, salji akan meliputinya. Tangga bergerak itu turut terdedah kepada hujan.
“Saya dapat bayangkan pihak yang menyelia projek itu akan mengalami masalah untuk naik dan turun bukit bagi memastikan tangga tersebut terus berfungsi,” kata seorang jurutera yang enggan dikenali.
Seorang jurucakap kerajaan pula berkata, keputusan membina tangga bergerak itu tiada kaitan dengan pengaruh penduduk di atas puncak bukit tersebut, tetapi lebih kepada menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tangga-bergerak-membazir-1.56487#sthash.EUncpMWY.dpuf

Thursday, February 5, 2015

Eric Paulsen mengaku tidak bersalah terbit kenyataan menghasut dalam Twitter

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menerbitkan kenyataan menghasut di laman Twitter miliknya, 10 Januari lalu.
Paulsen, 42, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di depan Hakim Abdul Rashid Daud, tepat jam 11.17 pagi.

Mahkamah Benar Mohamad Salleh Pinda Jawapan Dalam Kes Saman Fitnah


Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 6:51 PM
Dr Mohamad Salleh Ismail

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Rabu membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail meminda jawapannya kepada pernyataan pembelaan Nurul Izzah Anwar dan Datuk Saifuddin Nasution dalam kes saman fitnah berhubung pembelian lapan unit hartanah KL Eco City. 

Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Syed Ismat Syed Muhammad yang mewakili Mohamad Salleh dan syarikatnya National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) selaku plaintif dan peguam Shahid Adli Kamarudin, bertindak bagi anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan Setiausaha Agung PKR ketika itu, Saifuddin selaku defendan.

Syed Ismat ketika ditemui pemberita berkata mahkamah membenarkan permohonan Salleh itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dan menetapkan 3 Mac depan untuk pengurusan kes.

Katanya mahkamah turut memberi kebebasan kepada kedua-dua defendan untuk memanggil semula saksi mereka bagi memberi keterangan pada perbicaraan kes saman itu.

Mohamad Salleh dan Nurul Izzah selesai memberi keterangan pada 5 dan 7 Januari  lepas.

Bagaimanapun, Salleh yang juga Pengerusi Eksekutif NFCorp memfailkan permohonan untuk meminda jawapan kepada pembelaan kedua-dua defendan dengan memasukkan butiran berniat jahat dalam kes saman fitnah itu.

Pada 24 Dis 2013, Mohamad Salleh dan syarikatnya, NFCorp memfailkan saman dengan mendakwa Nurul Izzah membuat kenyataan berhubung pendedahan Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli yang mendakwa Mohamad Salleh membeli lapan unit hartanah KL Eco City menggunakan dana yang diperuntukkan kepada NFCorp.     

Kenyataan Nurul Izzah itu disiarkan Malaysiakini TV pada 7 Mac 2012.    

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh berkata kenyataan Nurul Izzah itu membawa maksud beliau dan keluarganya menyalah gunakan dana NFCorp untuk membeli unit hartanah berkenaan bagi kegunaan sendiri. -BERNAMA

Peguam Eric Paulsen Didakwa Menghasut


Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 12:13 PM

KUALA LUMPUR: Peguam hak asasi manusia, Eric Paulsen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, Khamis berhubung kenyataannya di Twitter yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan extremisme.
Pertuduhan itu dibacakan di hadapan hakim Abdul Rashid Daud.
Paul yang juga pengarah eksekutif Lawyers for Liberty, didakwa kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan menerusi akaun Twitternya di twitter.com/ericpaulsen101 yang mengatakan "Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia.”
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Unit Bahagian Siasatan Jenayah D5, Bukit Aman di sini, kira-kira pukul 8 malam pada 10 Januari lalu.
Beliau kemudiannya mengaku tidak bersalah di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Hakim Abdul Hasim kemudiannya menetapkan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 27 April ini.
Paulsen diwakili peguam Gobind Singh Deo.

Kereta kabel diubah jadi hotel mewah


05 Februari 2015 1:13 AM


Sebuah bilik tidur turut disediakan kepada pemenang pertandingan anjuran syarikat Airbnb itu bagi merasai pengalaman tidur pada ketinggian 2,743 meter dari paras air laut. – AGENSI

PARIS 4 Feb. – Sebuah laman web sewa rumah persinggahan terkemuka di Perancis, mengubah suai kereta kabel di sini menjadi sebuah bilik hotel mewah yang tergantung pada ketinggian 2,743 meter dari paras laut.
Kereta kabel yang diubahsuai oleh syarikat Airbnb itu terletak berhampiran puncak Gunung Sommet de la Saulire di Banjaran Alps di Perancis, lapor portal odditycentral.com.
Rumah persinggahan menyamai sebuah pangsapuri itu mempunyai sebuah bilik tidur dan boleh memuatkan sehingga empat orang pelawat.
Ubah suai itu merupakan sebahagian daripada pertandingan A Night At anjuran laman web ter­se­but yang menghadiahkan pengguna percutian 24 jam di lokasi eks­klusif tersebut.
Pememang pertandingan itu akan dibawa ke gunung tersebut dengan kenderaan salji dan selepas satu makan malam istimewa, Savoyard yang ditemani kerlipan bintang, tetamu akan menghabiskan malam mereka dengan tenang di dalam pangsapuri berkenaan.
Oleh kerana angin kencang di kawasan pergunungan itu, pangsapuri terbabit akan terhuyung-hayang sepanjang malam mengakibatkan anda sama ada menjadi resah atau tidur lena sepanjang malam.
Sepanjang menginap di dalam bilik istimewa itu, pengunjung ‘disajikan’ dengan pemandangan memukau sejurus bangun dari tidur pada waktu pagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kereta-kabel-diubah-jadi-hotel-mewah-1.56022#sthash.y9qvZiwX.dpuf

Teresa Kok dilarang masuk Sabah


Oleh Junaidi Ladjana
Sandakan: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dihalang memasuki negeri ini sebaik tiba di Lapangan Terbang Sandakan, di sini, tengah hari tadi.
Teresa tidak dibenarkan memasuki negeri ini sebaik cuba melepasi pemeriksaan Jabatan Imigresen negeri di lapangan terbang terbabit.
Difahamkan, pemimpin DAP itu kemudian diarahkan pulang ke ibu negara pada penerbangan berikutnya.
Wanita itu dijadualkan tiba untuk menghadiri dan menyaksikan penubuhan sayap wanita DAP Sandakan yang dijadualkan malam ini.
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen Sabah, James Musa Singa, mengesahkan perkara itu sebaik menerima arahan daripada kerajaan negeri.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28574#sthash.vOQtKqmd.dpuf

Tuesday, February 3, 2015

AS hantar senjata


AS mahu pertimbangkan semula keputusan untuk menghantar senjata kepada tentera.
AS mahu pertimbangkan semula keputusan untuk menghantar senjata kepada tentera.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mahu mempertimbangkan semula keputusan untuk menghantar senjata 'pertahanan' kepada tentera Ukraine, menurut laporan The New York Times.

Keputusan itu dibuat selepas Komander Tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Jeneral Philip M Breedlove berikrar menghantar bantuan ketenteraan kepada Kiev untuk bertempur dengan kumpulan pemisah pro-Rusia selepas rundingan damai gagal.

Breedlove berulang kali menyatakan pendiriannya bahawa beliau menyokong usaha mencapai penyelesaian politik dan langkah diambil kerajaan Ukraine untuk menentang kumpulan pemisah tersebut.

Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan, Bernadette Meehan memberitahu mereka sentiasa menilai pilihan lain walaupun matlamat utama mereka adalah untuk mencari jalan penyelesaian secara aman.

Susulan daripada itu, beberapa pegawai Pentagon percaya langkah menghantar bekalan senjata kepada Ukraine wajar dipertimbangkan semula.

Difahamkan, Washington kini berdepan gesaan beberapa pihak yang menuntut supaya kerajaan meluluskan bajet ketenteraan bagi tempoh tiga tahun tahun akan datang berjumlah AS$3 bilion (RM11 bilion). - RTUkraine.

Jins dijaga rapi bak anak kecil



GAMBAR terbaharu Jins yang masih sihat, cuma perlu dijaga rapi kerana menghidap Alzheimer ketika ditemui di kediamannya di Hulu Klang semalam.


AMPANG – Seniman Negara, Tan Sri Dr. Jins Samsuddin, 80, yang pernah mencipta kegemilangan sebagai hero filem dalam industri perfileman klasik kini perlu diuruskan dengan rapi oleh keluarganya bak seorang anak kecil selepas diserang penyakit Alzheimer sejak empat tahun lalu.
Menurut isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah, 54, penyakit Al­zheimer yang dihidapi Jins semakin melarat selepas beliau tamat tugas sebagai Senator Dewan Negara pada tahun 2010.
Bagaimanapun, tegas Halijah, tahap kesihatan suaminya masih baik, bahkan beliau boleh berjalan sendiri tanpa bantuan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3QeEOqdD8 
Hakcipta terpelihara 

Serangan pemisah diperhebat


SEORANG lelaki melihat keretanya yang musnah akibat bedilan artileri semalam di bandar Donetsk yang dikuasai pemberontak pro-Rusia. - AFP


DONETSK – Ketua kumpulan pemisah pro-Rusia di sini semalam berjanji akan mengerah­kan 100,000 pejuang dalam serang­an terbaharu mereka terhadap tentera kerajaan.
“Terdapat kerahan besar-besaran dari Republik Rakyat Donetsk (kumpulan pemisah) dalam masa 10 hari, kami me­rancang untuk mengerahkan 100,000 pejuang,” kata ketua pemisah pro-Rusia, Alexander Zakharchenko.
Deklarasi itu dibuat selepas kumpulan pemisah berikrar untuk mara dan menguasai ke­seluruhan wilayah Donetsk dan Lugansk selepas usaha untuk mencapai satu gencatan senjata gagal.
Pertempuran di timur Ukraine kini me­ningkat de­ngan pihak berkuasa tempatan me­nyatakan bahawa lima askar kerajaan dan tiga orang awam terbunuh dalam beberapa per­tempuran sejak 24 jam lalu.
“Lima askar terbunuh mana­kala 29 lagi cedera dalam pertempuran,” kata jurucakap tentera, Vladyslav Seleznyov dalam satu kenyataan di Kiev.
“Tentera Ukraine menjadi sasaran bedilan meriam dan mortar sebanyak 104 kali,” tambahnya.
Dua penduduk awam, ke­dua-duanya lelaki, terbunuh apabila sebuah roket jenis Grad mengenai kampung Krimske, sekitar 40 kilometer ke barat daya kubu kuat pemisah di Lugansk.
“Seorang lelaki lain terbunuh dalam bedilan di sebuah lagi kubu kuat pem­berontak di sini,” kata pihak berkuasa bandar ini.
Dalam perkembangan ber­kaitan, pertempuran di timur Ukraine meragut 50 nyawa pada hujung minggu lalu de­ngan usaha terbaharu untuk rundingan damai gagal di Minsk pada Sabtu lepas.
Lebih 5,100 orang terbunuh dalam konflik di Ukraine sejak sembilan bulan lalu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3QeAqqE2O 
Hakcipta terpelihara 

Rasyid Masuk Islam Setelah Tadinya Mengajak Teman Keluar dari Islam


Rabu 14 Syawal 1434 / 21 Agustus 2013 10:49

JTI-Brother RasheedNAMAKU Rasyid. Aku berasal dari Florida, Amerika. Usiaku 24 tahun. Aku masuk Islam pada Desember 2004, saat itu aku baru berumur 17 tahun. Saat ini aku bekerja sebagai tekhnisi lab mata.

Aku ingin bercerita tentang bagaimana aku masuk Islam, dan mungkin memberikan sedikit nasihat bagi mereka yang tengah mencari jalan hidupnya, insyaAllah.
Sama seperti anak gereja kecil lainnya, aku dibesarkan di Gereja Baptis daerah Selatan. Aku rajin mengunjungi gereja secara rutin, mempelajari injil dan melakukan pelayanan sehingga aku tahu kitabku. Aku tidaklah pintar, tetapi i untuk seorang anak berusia 13 hingga 17 tahun, aku cukup tahu agamaku.
Persepsiku Terhadap Islam
Sebelum memeluk Islam, aku sangat mengimani kepercayaan Kristen akan trinitas, sebagaimana seorang Baptis dari Selatan, dan aku sangat teguh dengan kepercayaan ini. Aku tidak mengetahui banyak tentang Islam, kupikir karena waktu itu bagaimana media memberitakan tentang Islam, sehingga aku tak ingin mengetahui Islam.
Jadi awalnya begini, ada seorang teman sekolah yang ingin berpindah agama, saat itu kami adalah teman baik. Dibesarkan di lingkungan Kristen, dan kemudian mengetahui bahwa seorang teman yang sama-sama bersekolah bersama meninggalkan agama yang kucintai, benar-benar membuatku terpukul.
Akhirnya aku menganggap hal itu secara pribadi seperti layaknya aku melakukan perang salib untuk membawanya kembali ke gereja, memberikannya kesaksian dan segalanya, tapi tanpa mengetahui apapun tentang agama yang ia anut sekarang.
Aku melakukan usaha terbaikku, dan akhirnya meneliti Islam sendirian dan dengan bertanya padanya juga. Akhirnya kami banyak melakukan diskusi, dan dia banyak mengajariku berbagai hal tentang Islam, dan aku? Aku tak dapat berkata apa-apa karena aku tak mengetahui sebelumnya, semua hal tampak masuk akal bagiku. Ketika hal ini berlangsung, misiku sebenarnya adalah membawanya keluar dari Islam, namun justru aku yang tertarik pada Islam.
Yaa, aku tidak pergi mencari kebenaran seperti kebanyakan orang. Tetapi kukira Allah menunjukkanku pada Islam dengan cara-Nya,
Awalnya, aku harus jujur bahwa hidupku belum sepenuhnya berubah karena masa lalu. Gaya hidupku tidak berubah banyak. Aku hanya menjalani ibadah-ibadah harian dan berhenti memakan babi. Namun alhmdulillah, aku tidak minum alkohol, sehingga aku tak perlu benar-benar meninggalkannya.  [sa/islampos/onislam]

Monday, February 2, 2015

Pemisah Ukraine kerah 100,000 pejuang perangi tentera Kiev

DONETSK: Pemimpin kumpulan pemisah timur Ukraine yang pro-Russia di Donetsk, hari ini menegaskan akan mengerahkan lebih 100,000 pejuangnya dalam memerangi tentera kerajaan Kiev.
"Kita akan menggerakkan secara besar-besaran pejuang pemisah Republik Rakyat Donetsk dalam masa 10 hari, kami merancang mengerahkan sehingga 100,000 orang," kata Alexandre Zakhartchenko kepada agensi berita dikuasai pemisah, DAN.
Pertelingkahan terus meletus di timur Ukraine sejak beberapa minggu lalu dan harapan untuk mengurangkan krisis semakin sukar selepas gencatan senjata kedua-dua pihak sebelum ini berakhir Sabtu lalu. - AFP

Sudan Selatan, pemberontak setuju gencatan senjata

ADDIS ABABA: Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir dan pemimpin pemberontak, Riek Machar lewat malam tadi menandatangani perjanjian bagi menamatkan perang saudara selama lebih 13 tahun yang meragut ribuan nyawa.
"Gencatan senjata secara sepenuhnya di Sudan Selatan dijadual pagi ini," kata Seyoum Mesfin, perunding dari Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD).
Beliau memberitahu pemberita di ibu negara Ethiopia, Addis Ababa di mana gencatan senjata ditandatangani.
Kedua-dua pemimpin sebelum ini memeterai sekurang-kurangnya enam gencatan senjata sejak perang tercetus Disember 2013. - AFP

Mak dah tak larat

Agensi
Hangzhou: Kepayahan melahirkan bayi lumrah dihadapi seorang ibu, namun lain pula situasi yang berlaku di hospital di Wenling, timur China.
Seorang bidan tiba-tiba pengsan dipercayai selepas lapan jam tanpa henti membantu melahirkan 11 bayi di Hospital First People sebelum senja semalam, lapor media.
Kejadian berpunca apabila Xu tidak henti-henti melakukan tugasnya dari pukul 12 pagi hingga 8.30 (waktu Malaysia) dengan lapan proses kelahiran biasa dan tiga pembedahan selain membantu seorang wanita yang kehilangan darah sebelum pengsan akibat hipoglisemia - kenaikan gula dalam darah.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 6:21 AM


XU cuba diselamatkan selepas pengsan sebaik melaksanakan tugasnya sebagai bidan di Hospital First People.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27934#sthash.fHruguNG.dpuf

Pengemis tak kisah jadi bahan pameran

Malmo, Sweden: Melakukan apa saja demi wang, begitulah kisah dua pengemis Roma yang sanggup duduk dan berdiri sambil membungkam berhadapan dengan cawan kertas di galeri seni Malmo.
Pengemis pasangan suami isteri itu dilihat berpakaian nipis dan tidak dibenarkan menuturkan sepatah perkataan apabila pelawat mendekati mereka di Malmo Konsthall, satu daripada pusat pameran seni paling besar.
Sebelum itu, Luca Lacatus dan Marcella Cheresi, mengemis di tepi jalan, namun kejadian itu disedari penganjur projek Malmo.
Sebaik terlihat Lacatus dan Marcella, dia berhasrat menggunakan mereka dalam pameran yang bertujuan menggalakkan rakyat Sweeden lebih peka terhadap ketidaksamaan dalam negara yang bakal dihujani pendatang asing tahun ini.
Namun projek itu itu menimbulkan kekecohan selepas dianggap melampau hingga galeri itu dikritik kerana dianggap memanipulasi kemiskinan.
Artis Ioana Cojocariu yang juga aktivis kumpulan hak asasi pendatang di Kesatuan Eropah memberitahu media dia mempunyai harapan yang tinggi, tetapi apabila memasuki bilik itu dia berasa seperti melihat pameran etnologi dengan badan kulit hitam diganti mayat orang miskin.
“Saya berasa artis berniat baik, namun jelas terdapat kesilapan,” katanya.
Pegawai media projek itu, Erika Li Lundqvist berkata: “Isu ini sensitif jadi tidak hairan jika menerima kritikan hebat.
“Namun saya agak kecewa ramai kritik yang menyelar pameran ini sebenarnya tidak datang sendiri melihatnya,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 6:22 AM


PASANGAN suami isteri Lacatus dan Marcella sebagai subjek dalam pameran seni di galeri seni Malmo.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27939#sthash.AD12nKTE.dpuf

Daerah Skid Row dikenali ibu kota gelandangan



DUA sukarelawan membuat bancian golongan gelandangan di Skid Row, Los Anegles pada 29 Januari lalu. - Afp


LOS ANGELES, California – Dae­rah Skid Row di sini mendapat jolokan ibu kota gelandangan Amerika Syarikat (AS) kerana memiliki bilangan penduduk tanpa tempat tinggal yang begitu ramai.
Bancian terakhir pada tahun 2013 menyatakan bandar raya ini dihuni seramai 39,500 orang gelandangan.
Bilangan mereka melonjak kepada 60,000 orang jika mengambil kira penduduk yang berkhemah dan me­numpang kediaman orang lain.
Menurut anggaran terbaharu, terdapat kira-kira 3,000 orang yang tidur di kaki lima jalan raya sekitar daerah itu pada setiap malam
Mereka membuat tempat tidur menggunakan kadbod, fabrik atau plastik dan tidur berdekatan satu sama lain.
“Kami mengira seramai 24 orang gelandangan di sebatang jalan di Skid Row,” kata seorang sukarelawan bancian, Harry Batt baru-baru ini.
“Kami bernasib baik kerana tidak melihat kanak-kanak atau mereka yang berusia bawah 18 tahun,” tambahnya.
Dalam pada itu, isu orang gelandangan turut mendapat perhatian Setiausaha Hal Ehwal Veteran AS, Robert McDonald.
Kehadiran beliau di Skid Row membayangkan kesungguhan Presiden Barack Obama untuk mengatasi masalah itu.
“Daripada sejumlah 630,000 gelandangan di AS, hampir 50,000 daripada mereka ialah veteran tentera,” menurutnya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3QaOZAKge 
Hakcipta terpelihara 

Bukan Gollum tapi beruang



Seekor binatang aneh berkuku panjang dan tajam ditemui pekerja di ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu Jumaat lalu.


KUCHING – Seekor makhluk pelik menyerupai watak Gollum dalam filem Lord of The Rings yang ditemui di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Bintangor, Sibu dekat sini Jumaat lalu disahkan pakar merupakan seekor beruang matahari.
Bekas Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Anthony Sebastian berkata, beruang matahari atau nama saintifiknya Ursus Malayanus itu dipercayai baru berusia sekitar setahun, namun sedang sakit.
Katanya, beruang matahari tersebut kemungkinan sakit akibat sejenis penyakit yang dihidapinya ataupun terkena racun.
“Namun, setakat ini, saya tidak boleh ulas lanjut mengenai tahap kesihatan beruang itu sehingga ia ditemui semula.
“Apa yang pasti, beruang itu masih muda iaitu berusia kira-kira setahun. Lebih menyedihkan, ia sedang sakit dan memerlukan rawatan segera,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Majlis Pengawasan Perhutanan Antarabangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3QaOI5euz 
Hakcipta terpelihara 

Jackie Chan tidak sombong


MOHD. Kazim duduk bersebelahan Jackie Chan sewaktu istiadat pengurniaan gelaran Datuk di Istana Negara semalam.


KUALA LUMPUR – Pelakon Hong Kong yang juga bintang popular Hollywood, Jackie Chan dikurniakan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan semalam.
Beliau merupakan salah seorang daripada 356 individu yang menerima pelbagai darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada majlis yang berlangsung di Istana Negara di sini.
Selain beliau, penceramah agama terkenal, Mohd. Kazim Elias atau Ustaz Kazim turut menerima gelaran Datuk manakala Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia, Datuk Nelson Kwok Teng Toong, menerima Darjah Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri.
Hadir dengan memakai sut hitam dan lengkap bersongkok, Jackie atau nama sebenarnya Chan Kong Sang, 61, kelihatan pandai menyesuaikan diri pada majlis berkenaan malah tidak kekok untuk bermesra dengan penerima anugerah yang lain.
Bagi Mohd. Kazim, 43, Jackie seorang yang mudah mesra dan tidak sombong.
“Pada majlis pagi tadi (semalam), saya duduk bersebelahan beliau dan saya menegurnya dahulu sambil me­ngucapkan tahniah kerana mendapat anugerah tersebut. Kami duduk dari pukul 8.45 hingga 10.30 pagi dan ba­nyak perkara yang dibualkan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3Qa74EGW0 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, February 1, 2015

Hutang tetap hutang


London: Seorang bekas murid berjaya mengelak daripada membayar denda £2,837 (RM 15,531) selepas memulangkan buku sekolah yang berada dalam simpanannya sejak 65 tahun lalu.

Dia bagaimanapun, bermurah hati menderma sejumlah £1,500 (RM 8,200) kepada sekolah berkenaan.

Sir Jay Tidmarsh, 82, menjumpai salinan buku ‘Ashenden’ oleh W Somerset Maughan ketika mengemas rak di rumahnya dan menemui cop sekolah dalam buku berkenaan.

Bekas ahli perniagaan yang berasal dari Bristol itu meminjam buku terbabit ketika belajar di Sekolah Taunton, Somerset pada 1950, tetapi terlupa memulangnya.

“Entah macam mana sebaik melihat cetakan ‘milik Sekolah Taunton’ dalam buku itu, saya berfikir untuk mengembalikannya dan pada masa yang sama membayar hutang,” katanya.

Sir Jay bersama isterinya Lady Virgina membuat lawatan khas ke sekolah itu dan diraikan dengan hidangan tengah hari yang dihoskan Chair of Governors Jane Barrie.

Pengarah Yayasan sekolah, Neil Longstreet, berkata: “Sir Jay ialah penyokong Yayasan yang dihargai. Dengan ini, saya mengumumkan pengampunan kepada semua bekas murid sekolah Taunton yang masih menyimpan buku perpustakaan di rumah mereka - termasuk saya!” - Agensi

Haiwan macam Gollum ditemui


Binatang aneh yang ditemui di ladang kelapa sawit di Sibu kelmarin kemungkinan besar seekor beruang matahari yang sedang sakit.


SIBU – Penduduk Sarawak yang terkenal dengan kisah haiwan legenda digemparkan dengan penemuan makhluk aneh oleh sekumpulan pekerja ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu di sini kelmarin.
Makhluk berkuku panjang dan tajam itu ditemui pekerja warga Indonesia ketika mereka sedang membersihkan kawasan ladang tersebut pada kira-kira pukul 10 pagi.
Seorang pekerja yang ingin dikenali sebagai Ardie, 30, berkata, dia dan rakan-rakan pada mulanya terdengar bunyi pelik binatang sebelum ternampak seekor makhluk aneh kira-kira 10 meter di hadapan mereka.
Ceritanya lagi, haiwan yang tidak dapat dikenal pasti spesiesnya itu kemudian berlari meluru ke arah mereka seakan-akan mahu menerkam.
“Terkejut melihat binatang itu bertindak agresif, rakan saya terus mencapai sebatang kayu dan memukulnya hingga pengsan.
“Sebaik haiwan tersebut sedar semula, kami menghalaunya masuk ke dalam hutan berhampiran kawasan ladang kelapa sawit itu,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Ardie memberitahu, itulah kali pertama dia menemui makhluk aneh tersebut sejak hampir dua tahun bekerja di ladang berkenaan.
Katanya, ada antara rakannya mendakwa haiwan aneh itu seakan-akan se­ekor beruang tua yang sudah gugur bulunya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Hutan negeri, mengesahkan menerima rakaman video berdurasi 1 minit 25 saat yang memaparkan penemuan haiwan pelik terbabit.
Klip video tersebut dikatakan dirakam oleh pekerja ladang berkenaan sebelum dimuat naik ke dalam YouTube oleh sebuah akhbar tempatan dengan tajuk Strange creature freaks out plantation workers in Sarawak. Video itu telah ditonton sebanyak lebih 50,000 kali setakat pukul 11 malam tadi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3QRbEVRr5 
Hakcipta terpelihara 

Kempen antikeganasan Perancis dikutuk


PARIS 31 Jan. – Kerajaan Perancis dikutuk kerana membuat satu poster yang kononnya boleh membantu mengenal pasti suspek pengganas dengan mengandaikan keengganan individu untuk makan sejenis roti tempatan, baguette sebagai satu petunjuk yang jelas.
Poster yang digunakan dalam kempen kerajaan Perancis dalam menentang keganasan di negara itu. – AGENSI
Portal berita Mail Online melaporkan kerajaan mendakwa individu yang mungkin berminat terhadap aktiviti keganasan menunjukkan beberapa perubahan seperti mula hilang minat kepada sukan dan memutuskan hubungan dengan ahli keluarga selain tabiat pemakanan mereka berubah.
Perubahan cara pemakaian pakaian lebih Islamik, berhenti ke sekolah atau kerja selain tidak menonton televisyen juga merupakan tanda-tanda ke arah berminat kepada aktiviti keganasan.
Poster itu dilancarkan sebagai sebahagian daripada kempen menentang keganasan bernilai 320 juta pound (RM1.7 bilion) ekoran serangan terhadap ibu pejabat akhbar mingguan, Charlie Hebdo pada awal bulan ini yang menyaksikan 17 orang terbunuh dalam tempoh tiga hari.
Bagaimanapun, pemaparan poster itu menyaksikan orang ramai mengejek beberapa cadangan pada poster itu yang dibuat bagi menghentikan keganasan.
Dalam jaringan sosial, Twitter, seorang pengguna menulis; `Kerajaan meminta anda supaya berhati-hati dengan mereka yang tidak makan baguette.
Sseorang lagi pengguna berkata; “Ibu bapa Perancis, jika anak-anak anda berhenti makan baguette, mereka secara asasnya sedang menunjuk minat ke arah keganasan.
Poster itu mempunyai secara keseluruhannya sembilan gambar dengan simbol baguette yang diletakkan gambar pangkah bertulis: 'Mereka sedang mengubah tabiat pemakanan mereka’.
Malah, terdapat juga simbol pangkah pada gambar perenang yang diletakkan dengan keterangan: 'Mereka tidak lagi bersukan’.
Selain itu, poster itu turut tertera nombor telefon yang membolehkan orang ramai memaklumkan individu yang meragukan kepada pihak berkuasa.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kempen-antikeganasan-perancis-dikutuk-1.54739#sthash.c0rPHKqq.dpuf