Wednesday, May 30, 2012

Kami datang dengan sangkaan baik ia akan aman..


Kami datang dengan sangkaan baik ia akan aman..
Aku lihat seorang suami memimpin isterinya yang sedang sarat mengandung
Aku lihat seorang anak menolak ibunya di atas kerusi roda
Aku lihat ibu bapa membawa anak-anak mereka
Semua dengan niat yang sama untuk menuntut hak kita semua
Kepercayaan kami dikhianati
Kami dikasari
Wanita, kanak-kanak, orang tua semua terkena tempias
Bom beracun yang menyakitkan jantung kami

Semua kerana kami tidak mahu hak kami dikhianati
Undi itu milik kami
Kewarganegaraan itu hak kami
Dataran itu milik kami

Kami juga rakyat
Ratusan ribu yang berhimpun itu juga rakyat
Tunaikan slogan kamu
Rakyat didahulukan!

from rakyat, (lpe siapa) :)
 

1 rumah 1warkah fitnah.

1 rumah 1warkah fitnah.. kahkahkah UMNO akan buat apa saja asalkan rakyat berjaya di tipu... kahkahkah
1rumah 1quran kan lebih molek.. kankankan

Jom bisnis sambil online..

Jom bisnis sambil online.. 
-anda cekap fitnah?
-anda pandai menggunakan FB?
-anda bodoh tahap atas sikit dari lembu?
-anda baruah tegar?
-anda bisa makan duit haram?

kahkahkahkah

Patot lah George Soros cukup marah dengan Mahathir nih.


Patot lah George Soros cukup marah dengan Mahathir nih.. Tapi EP pelik.. bukan setakat George Soros, Ulama-ulama, tok-tok guru, Ustaz-Ustaz, Ulama-ulama, Mufti-mufti, ustazah-ustazah pun tak berapa gemar dengan Mahathir nih.. Yang gemar boleh kira, contoh Utz Hasan Ali, Tok guru Zul Kulim, Tuan guru Najib, Sheikh Chua Soi Lek dan ustazah Ummi dan Ustazah Mashitah.. ha ha ha
 

terbukti lagi

Hah... terbukti lagi bahawa cai-cai UMNO memang FAIL dan NOOB! KDN sendiri mengaku terdapat POLIS menyamar menjadi peserta BERSIH.. ini boleh terjadinya provakasi dari mereka.. jengjengjeng.. Nak minta senarai nama dan gambar mereka buleh encik

teruskan boikot,


Jeng Jeng Jeng sebijik lagik, kite countdown ramai-ramai yer.. teruskan boikot, akhirnya yang tinggal bisnis kete lambo sebijik untuk di lelong.. ini makan die kalau menggunakan wang untuk perlekeh dan tipu rakyat.. kankankan
 

Yeeelaah, tak jadi pun takpe, paham dah...

Yeeelaah, tak jadi pun takpe, paham dah... 
ha ha ha Jangan lupe share yah..

umporno

UMNO dan ayah PIN tak dapat di pisahkan..

UMNO dan ayah PIN tak dapat di pisahkan.. Patut ada dengar MUS MAY masuk UMNO.. hikhikhik.. Amy Search dan Jamal Abdillah boleh berfikir lebih jauh lagi.. 
Nak tanya dekat Polis dan Hassan Ali, berapa orang lagu nih dah berjaya tangkap yer?

Hahahaha Mufti Perak dan Pahang hari ini amat kecewa dengan penganjur Himpunan Belia 1Moolaysia

Hahahaha Mufti Perak dan Pahang hari ini amat kecewa dengan penganjur Himpunan Belia 1Moolaysia kerana HB1M mengamalkan konsep Amal Maarof Amal Mungkar.. kahkahkah Tapi pak mufti mengatakan kecewa dengan penganjur, siapa penganjur?? Hahaha dan lagi satu mereka kecewa kerana kenyataan beliau tak masuk UTUSEX dan Berita Hairan, hanya SINAR berani ambil.. ha ha ha Tergamak buat gini.. ishishish kesian kak Mah.. 
Jangan lupe share.. :)

die juga salah sekor penganjur.

ini pun misti Mufti kecewa ngan die.. hahaha sebab die juga salah sekor penganjur.. kahkahkah

UMNO lagi bahaya dari KOMUNIS...


UMNO lagi bahaya dari KOMUNIS... kehkehkeh JUM tolak UMNO... Menghapuskan UMNO adalah jihad yang suci.. ha ha ha

Di mana UMNO kuat di situ rakyat merempat. Like jika setuju.. ha ha ha
 

UMNO DERHAKA Sultan

merujuk kembali Penyata Rasmi parlimen pada tanggal 18 Januari 1993.

Ketika itu Dr Mahathir membentangkan Pindaan Perlembagaan berhubung kekebalan Raja-raja yang membawa kepada peruntukan pindaan perlembagaan terhadap Perkara 181 (2) di mana immuniti raja-raja ditarik balik dan raja/sultan boleh dibawa dan dibicarakan di Mahkamah Khas sesuai dengan peruntukan baru yang digubal dalam Perkara 183.

Ketika mana bacaan kali kedua dibentangkan ini, Dr Mahathir telah berhujah ketika membentangkan rang pindaan tersebut dengan katanya ‘menegur dan mengkritik Raja kita tidak bermakna ia akan menghapuskan kedaulatan Raja-raja Melayu’.

Walau pun begitu serangan-serangan terhadap institusi Raja-raja telah pun di palu beberapa bulan sebelum itu dengan media massa memainkan peranan yang penting.

Ketika itu segala-galanya seolah-olah ‘dihalalkan’ oleh kerajaan untuk mengkritik Raja-raja Melayu jauh lebih berat tentang apa yang diungkap Aziz Bari ketika in

Derhaka Pada Raja Mengundang Bahaya, Derhaka Pada UMNO Dapat Pahala!

Derhaka Pada Raja Mengundang Bahaya, Derhaka Pada UMNO Dapat Pahala!

Oleh Shahbudin Husin

Jika kita pergi ke kampung-kampung dan berbual dengan golongan berusia yang masih menyokong UMNO, kita akan mendengar hujah-hujah mereka bahawa kita sebagai orang Melayu mestilah terus menyokong UMNO dan jangan sesekali bersikap derhaka kepada parti itu. UMNO juga sering digambarkan sebagai parti yang banyak berjasa kepada orang Melayu kerana kononnya telah melakukan pelbagai pembangunan dan pertolongan selama ini.



Jika berbual lebih lama lagi, mereka akan mula menggambarkan jika tanpa UMNO, bangsa Melayu akan musnah dan kehidupan akan kembali ke zaman kuno. Hanya UMNO yang digambarkan mampu memberi kemajuan serta kehidupan yang lebih baik. Parti lain tidak boleh sama-sekali. Di Malaysia ini seolah-olah UMNO adalah segala-galanya.

Bagi kebanyakan orang Melayu, terutama yang tinggal di kampung dan luar bandar, UMNO sudah dianggap seperti Raja yang tidak boleh diderhakai sama-sekali. Biarlah bagaimana buruk dan hodoh sekali pun wajah UMNO, biar bagaimana pemimpinnya mengaut kekayaan secara tidak sah dan bersikap sombong sekali pun, ia mesti terus disokong dan diberi undi. Lebih menyedihkan kadangkala orang Melayu yang bercakap seperti itu, hidup mereka pun ala kadar sahaja dan tidak lebih umpama kais pagi makan pagi. Mereka sendiri sebenarnya tidak mendapat apa-apa daripada UMNO yang boleh merubah kehidupan sekeluarga.

Soal sama ada pemimpin UMNO itu memberi khidmat yang baik atau tidak kepada rakyat, ia bukanlah soal yang penting. Yang penting, kepercayaan mereka ialah hanya UMNO yang boleh mentadbir negara ini.

Dalam soal ini, terlihat bagaimana UMNO sudah berjaya menanamkan stigma dalam kepala sebahagian besar orang-orang Melayu untuk kepentingan politik mereka. Rakyat sudah dikelabukan untuk melihat perilaku serta akhlak pemimpin yang sebenar sehingga perangai hodoh pemimpin boleh dimaafkan asalkan UMNO terus dijadikan pilihan. Mereka juga percaya tanpa UMNO kehidupan di dunia ini akan musnah sedangkan hakikat yang ada di sekeliling tidaklah sebegitu rupa.

Meskipun kita sudah hampir 55 tahun merdeka, stigma UMNO umpama Raja ini masih tertanam kuat di kepala sebahagian orang Melayu di kampung dan luar bandar. Mereka tidak mahu menerima perubahan kerana terlalu taksub dan percaya hanya UMNO yang mampu mentadbir negara ini.

Tetapi bagi orang Melayu yang agak terbuka dan menerima pelbagai maklumat terutama generasi muda dan mereka yang tinggal di bandar, stigma sedemikian sudah beransur-ansur pupus. Golongan ini lebih melihat perilaku buruk pemimpin UMNO itu berbanding jasa dan sumbangan UMNO itu sendiri. Memang diakui UMNO banyak berjasa tetapi jasa itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sebagai pemerintah. Jika parti lain yang berpeluang memerintah, mereka juga akan melakukan perkara yang sama, malahan mungkin lebih baik lagi.

Jika dilihat di negara-negara lain yang lebih maju dan bagaimana parti di negara tersebut berjuang untuk kepentingan rakyatnya, akan ternampak bahawa jasa dan sumbangan UMNO kepada rakyat negara ini masih lagi jauh ketinggalan.

Hari ini, jika dilihat begitu banyak perilaku buruk para pemimpin UMNO yang terpalit dengan pelbagai jenis skandal, rasuah, penyelewengan, pengumpulan kekayaan yang melampau dan sebagainya, ia sebenarnya sudah berada di tahap yang tidak boleh diperbaiki lagi. Oleh kerana UMNO sudah berkuasa terlalu lama dan terlalu selesa dengan keadaan itu, ini secara tidak langsung menyebabkan pemimpinnya cenderung untuk menjadi lupa diri, tamak dan sombong. Lebih memburukkan keadaan, UMNO terus juga dipilih sebagai pemerintah meskipun mereka yang menjadi pemimpin mempunyai perangai serta watak yang buruk.

Ini menyebabkan UMNO tidak belajar apa-apa atau berusaha memperbaiki diri setiap kali pilihanraya. Hanya setelah pilihanraya 2008 yang menyebabkan beberapa negeri tumbang dan UMNO sendiri hilang majoriti 2/3, barulah UMNO sedar bahawa mereka sebenarnya tidak boleh menongkat langit sampai bila-bila.

Menjelang PRU 13 ini, kedudukan UMNO dilihat amat kritikal dan goyah sekali. Ia sebahagiannya kerana kesedaran rakyat yang semakin tinggi yang disebabkan kemudahan menerima maklumat semakin meluas, pendidikan di kalangan rakyat serta pengalaman yang diperolehi daripada beberapa negara lain. UMNO secara relatifnya tidak lagi seselesa dulu.

Namun demikian, untuk terus mengekalkan kuasa, UMNO masih juga memainkan sentimen tentang jasa dan sumbangannya sejak sekian lama terutama dalam perjuagan menuntut kemerdekaan negara, selain turut juga memainkan sentimen kaum dan agama untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

Sentimen melabelkan UMNO itu umpama Raja yang tidak boleh diderhakai, meskipun tidak laku kepada generasi muda dan Melayu bandar tetapi ia masih menjadi mainan kempen di kampung-kampung dan luar bandar. Generasi lama dan sebahagian orang tua masih kuat mempercayai bahawa orang Melayu tidak seharusnya derhaka kepada UMNO sebagaimana mereka tidak boleh derhaka kepada Raja.

UMNO DERHAKA Sultan

Ampun tuanku ampunnnnnnnn.. UMNO yang suruh bukan patik tuanku.. jangan siasat bawa akta hasutan tuanku.. patik takut

Kepada seluruh Ulama'2 dalam PAS, kami tetap bersamamu! Anda bagaimana?

Penyembelihan paling tragis yang berlaku di Haulah

Demi Allah, jika sekiranya masih ada yang menganggap apa yang berlaku di Syria adalah suatu yang dirancang oleh Barat, jelas mereka masih buta. Ya, buta hati dan buta mata.

Penyembelihan paling tragis yang berlaku di Haulah beberapa hari lalu yang menggugurkan ratusan syuhada' menunjukkan kepada kita bahawa betapa jahat dan zalimnya Syiah.

Ayuh umat Islam, hiasi malam kita semua dengan doa dan munajat kepada Allah agar rejim Basyar dijatuhkan segera yang mungkin. 

Adakah kalian semua masih lena tidur dalam keadaan saudara kita di Syria bergelumang dengan darah?

PAS tubuhkan 15 Cawangan hanya dalam tempoh seminggu di Sarawak

PAS telah buktikan kehebatan dan kemesraan prinsip Partinya , sehingga boleh tubuhkan 15 Cawangan hanya dalam tempoh seminggu di Sarawak.

Air S’gor: MB mahu dedah kroni Umno-BN - Fazy Sahir

Air S’gor: MB mahu dedah kroni Umno-BN - Fazy Sahir

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mempunyai maklumat termasuk pembiayaan yang dibuat oleh syarikat terlibat.

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan mendedahkan syarikat didakwa merupakan kroni Umno-Barisan Nasional (BN) yang lemah dalam menguruskan air di negeri itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mempunyai maklumat termasuk pembiayaan yang dibuat oleh syarikat terlibat.

“Ada beberapa tender dan kontrak yang berbeza. Satu buat loji, terowong dan empangan. Kita sudah ada nama syarikat dan pembiayaan yang dibuat. Sebelum forum air kita akan didedahkan hal ini. Kita akan beritahu kepada semua masyarakat,” kata Abdul Khalid.

Dalam satu kenyataan Isnin lalu, Setiausaha Politik beliau Faekah Husin berkata, masalah air di Selangor berpunca daripada pengurusan air yang lemah dan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kos tarif air tinggi.

Faekah mendakwa pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang melibatkan kos RM12 bilion sebenarnya dilaksanakan atas kepentingan kroni pihak tertentu dan bukannya untuk membantu rakyat.

Penstrukturan semula air

Abdul Khalid dalam pada itu menegaskan penstrukturan semula air adalah topik utama berbanding isu Langat 2 dan pengambilan air di Pahang.

Tegasnya penstrukturan semula air penting kerana ia dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang wujud ketika ini.

“Perbincangan utama adalah penstrukturan semula air dan bukannya tentang Langat 2 atau pengambilan air di Pahang. Semua ini tidak akan timbul jika penstrukturan semula air dibuat,” katanya.

Ujarnya, sebarang pelaksanaan dan pengurusan loji mempunyai kaitan dengan kenaikan tarif air dan beliau mendapati ia mempunyai kelemahan.

“Pengalaman dari angka-angka yang diterima, pembinaan loji adalah dibina oleh Puncak Niaga. Dari segi kos pembinaan dan pembersihan loji adalah sangat tinggi. Jika kos tersebut tinggi maka rakyat turut menerima kesan melalui tarif air,” katanya.

Beliau berkata daripada 33 loji pembersihan di seluruh Selangor, 29 daripadanya dimiliki oleh kerajaan negeri, manakala empat oleh pihak konsesi.


FMT
Dicatat oleh atsixty

SPRM Pula Hendak Kenakan Anwar?

SPRM Pula Hendak Kenakan Anwar?

Oleh: Mohd Sayuti Omar

Wah cepat dan pantas sekali SPRM bertindak ke atas pendedahan bloger yang kini berada di tanah asing Raja Petra Kamarudin yang mendakwa kononya beliau memiliki fail rahsia timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dikatakan melakukan rasuah.

Raja Petra seorang bloger yang mempunyai banyak bapak tiri (god father) kini berada di luar negeri kerana mengelakkan untuk didakwa di mahkamah atas beberapa kes. Kata Raja Petra fail tentang rasuah Azmin itu diberikan oleh bekas pegawai SPRM kepadanya.

Bloger satu ini, sebelum ini banyak telah mendakwa memiliki rahsia peribadi para pemimpin negara ini yang mana kebenaran rahsia dan maklumat dimilikinya jauh meleset dan ia hanya sebuah ilusi beliau yang kini kesepian di luar negara saja.

Mungkin orang masih ingat bagaimana dia membuat surat sumpah kononnya ada memiliki beberapa dokumen mengenai siasatan ke atas Altantuya Sharribu yang mati dibunuh kemudian jasadnya diletup.

Ekoran pendedahan itu, Raja Petra yang kononya mengaku mendapat maklumat dari seorang pegawai tinggi tentera menyebabkan pegawai yang tentera berkenaan yang masih bertugas dikenakan tindakan tatatertib.

Selain itu beliau mendakwa memiliki segulung dokumen lagi yang diterima dari berbagai pihak mengenai berbagai skandal bertaraf dunia. Cara Raja Petera mengestbelishkan dirinya seolah-olah beliau adalah bank rahsia orang politik di Malaysia ini.

Berbalik kepada sikap cergas SPRM untuk membuka siasatan berhubung apa didakwa bloger yang berkepala goling ini (botak) itu ia agak anih dan menghairankan sedikit. Kenapa SPRM begitu cepat membuat siasatan sebaik saja perkara itu didedahkan.

Dalam hal ini kenyataan tindakan segera SPRM yang membuat laporan polis terhadap pendedahan Raja Petra itu membolehkan badan itu menyiasat menakjubkan. Apakah bukan keutamaan untuk SPRM memanggil Raja Petra terlebih dulu untuk mengesahkan maklumat yang didakwa itu?

Menurut laporan Panle Operasi SPRM akan bermesyuarat esok untuk membincangkan dakwaan Raja Petra bahawa ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Azmin di dihentikan. Nampaknya isu kini bukan tertumpu kepada Azmin tetapi meluas kepada Anwar Ibrahim pula.

Menurut pengarah siasaran SPRM Mustafar Ali bahawa panel itu membincang dakwaan Raja Petra kerana menurutnya jiwa benar siasatan itu akan dilakukan. Alasannya siasatan jenayah tidak ada tempoh masa walaupun kes itu berlalu?

Cara SPRM menguar-uarkan apa yang masih kabur kepada umum seakan satu permainan politik untuk menimbulkan keraguan umum kepada orang ramai.


Kenyatan Mustafar itu sekana siasatan berkaitan apa didedahkan oleh Raja Petra itu bukan lagi menjurus kepada Azmin tetapi kepada Anwar Ibrahim. Apakah SPRM akan menyiasat Anwar atas salah guna kuasa serperti mana pernah didakwa semasa Anwar jadi TPM itu yang meminta pegawai polis supaya melakukan gertakan ke atas seorang betina yang telah cuba mengaibkan dan memfinah Anwar?

Tidak mustahil itu akan diberlaku. Mungkin sudah ada pakatan di dalam hal ini dengan Raja Petra dijadikan alat atau pun sumber untuk membolehkan SPRM menyiasat Anwar.

Dan sekiranya dakwaan Raja Petra itu benar pihak yang seharusnya perlu disiasat ialah Raja Petra sendiri dan orang yang memberi fail itu kepadanya. Tanpa menyiasat dan mengenakan tindakan ke atas kedua mereka adalah tidak adil dan wajar untuk SPRM menyiasat Anwar dan Azmin.

Nampaknya usaha untuk mengena dan memenjarakan Anwar tidak pernah berhenti dan akan dilakukan sehinggalah Ubn dan Najib Razak merasakan parti itu akan menang dalam pilihan raya.

Di sini saya ulangi sekali lagi apa yang pernah saya ramalkan; pilihan raya tidak akan diadakan selagi Anwar Ibrahim tidak ditolak masuk ke dalam penjara? Ramalan ini nampak makin menjadi realiti.


Nizar
 

PEMIMPIN BERMEWAH,RAKYAT SUSAH

Kasih anak kepada ibunya



Kasih anak kepada ibunya, Subhanallah. Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah, dapat menjaga ibu dan ayah sebegini apabila mereka sakit kelak, Aamin Ya Rabb..
‎~ sayang Allah ~ rindu Allah ~ cinta Allah ~

JOM tengok siapa yg KHIANAT sebenar pada Raja2.....

JOM tengok siapa yg KHIANAT sebenar pada Raja2......kalau ada mana2 pencacai yg cakap PR yg khianat dan derhaka pada RAJA2..JOM kita tengok ni ha..

ketawalah anda sebelum ketawa itu diHARAMKAN oleh SPR!!!





Maloan Timbalan Pengerusi SPR berkata parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti diingat agar tidak memasang poster atau sepanduk yang memaparkan karikatur mana-mana individu atau personaliti....kah kah kah..kah...kah...kah...kah..ketawalah anda sebelum ketawa itu diHARAMKAN oleh SPR!!!


 

ANTARA DUA DARJAT..

ANTARA DUA DARJAT..

sesiapa yang berkesempatan silalah jenguk ibu tunggal penghuni rumah ini..di Pontian Johor!
http://aljundiathirah.blogspot.com/2008_09_01_archive.html

INILAH RUMAH RAKYAT JOHOR "BERNILAI RM500 000"

INILAH RUMAH RAKYAT JOHOR "BERNILAI RM500 000"

MARI KITA RENUNGI PESAN KHALIFAH UMAR IBNU AZIZ......."jika rakyatku kenyang, biarlah aku orang yang terakhir merasakannya.. dan jikalau rakyatku lapar.. biarlah aku orang pertama yang merasakannya"..SESEORANG PEMIMPIN PERLU MENJADIKAN ZAMAN PEMERINTAHAN UMAR SEBAGAI CONTOH DASAR KEPIMPINAN.. DI MANA PADA ZAMAN INI KHALIFAH UMAR TIDAK DAPA MENCARI SEORANGPUN GOLONGAN MISKIN UNTUK DIBERIKAN ZAKAT KERANA KEMAKMURAN RAKYATNYA....

SESIAPA YANG BERADA DI JOHOR DAN BATU PAHAT TERUTAMANYA,,,, SINGGAHLAH DAN BERILAH BANTUAN KEPADA PENGHUNI "ISTANA" INI.... DARIPADA ANDA MENEMBELANJARKAN HARTA KEKAYAAN ANDA KE JALAN YANG TIDAK DISUKAI ALLAH... INGATLAH.. SETIAP SEN HARTA ANDA DIBELANJAKAN AKAN DIBENTANGKAN DIHADAPAN ALLAH KELAK

BATU PAHAT: Daif dan usang, begitulah keadaan rumah sepasang suami isteri, Mohd Yusof Alam, 55, dan Halimah Abdullah, 49, di Kampung Parit Lapis Batu Puteh, Simpang Lima, Parit Sulong

2 HARI BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS DI JOHOR

2 HARI BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS DI JOHOR
Interaktif & Kuliah Rakyat Johor Bersama Ust Azhar Idrus Ikon Anak Muda 
Ust Azhar akan bersama Rakyat Johor selama 2 hari,Jadual Seperti berikut :
1) 9 Jun 2012
Tempat : Padang Keadilan KM 18 Parit Hj Salleh Ros,Parit Raja Batu Pahat Johor 
Masa : Jam 8 malam - 10 malam
2) 10 Jun 2012
Tempat : Masjid Sungai Abong,Maharani Muar Johor 
Masa : 8 malam - 10 malam
JOM ramai2 hadir..Anak Muda Geng Kita...sama2 kita menambahkan ilmu agama disamping mengejar dunia,kita hidangkan anak muda dengan santapan akhirat dikala kadang2 kita berhibur...

Ajaran Sesat; Rasul Melayu dan Ayah Pin adalah Ahli Umno






Ajaran Sesat; Rasul Melayu dan Ayah Pin adalah Ahli Umno
TUESDAY, 29 MAY 2012 02:39 WARTAWAN BULETIN
KUALA NERUS – Sewaktu PAS membentangkan Enakmen Jenayah Syariah pada tahun ketika memerintah negeri Terengganu pada tahun 2002, Umno memperlekeh dan menghina langkah PAS mahu melaksanakan Islam itu.

Tiba-tiba, Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, PAS yang meluluskan Undang-undang Islam itu ditudh oleh Umno yang tidak mahukan Islam sebagai ‘Parti Ajaran Sesat’.

Menurutnya, ‘tembelang’ Umno itu pecah,apabila Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan soalan berkenaan perkara tersebut pada Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan April 2012 yang baru lalu.

"Akhirnya Dato’ Seri Tuan Guru tanya dalam Sidang Dewan baru-baru ini, sila nyatakan ajaran sesat yang ada di negeri Terengganu yang telah diwartakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan pejabat Agama sendiri,

“Exco kerajaan negeri YB Batu Rakit mewakili kerajaan dia sebut, ada empat ajaran sesat dalam negeri kita,”jelasnya.

Ustaz Mohd Nor berkata, kerajaan negeri menjawab, ajaran sesat tersebut adalah ajaran Ayah Pin, ajaran Aurad Muhammadiyah, ajaran azhar Abdul Wahab dan Syarikat Rufaqa Corporation dan rangkaiannya yang menganuti dan membawa Aurad Muhammadiyah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Kampung Banggol Pauh, dekat sini pada Ahad malam 27 Mei.

Sebaliknya, menurut Ustaz Mohd Nor, menurut kajian yang dibuatnya, Umnolah yang sebenarnya parti melindungi ahli-ahlinya yang mengamalkan ajaran sesat.

Beliau menegaskan, individu yang mengaku menjadi Rasul Melayu Abdul Kahar Ahmad dan pengamal ajaran ‘kerajaan Langit’ Ayah pin adalah ahli umno yang aktif.

“sebab apa Umno tidak menangkap Abdul Kahar kerana beiau adalah ahli Umno nombor ahli 0011339 jadi ahli Umno bahagian Gombak statusnya aktif dalam Umno,

“Ayah Pin adalah ahli Umno cawangan Batu 13 Hulu Besut memegang keahlian bernombor 00791672,”jelasnya.

jom citer citer di facebook,


By: Bus Man



Dia berusaha menerapkan kehidupan Nabawi dalam hidupnya.



Dia berusaha menerapkan kehidupan Nabawi dalam hidupnya.

Dia ke pasar sebagaimana rakyatnya,
Dia duduk di tangga dengan santai ilmu bersama jemaah yang lain selepas solat,
Dia biasa sahaja makan di gerai-gerai,
Dia makan DALAM BENTUK apa yang dimakan rakyatnya,
Dia mencangkul bukan hanya untuk perasmian pecah tanah,
Dia yang menghidangkan sendiri minuman untuk tetamunya,
Dia hidup sederhana bukan sehari dua untuk paparan media massa dan majlis rasmi, tapi itulah "resepi utama" hariannya.

Lorong sempit (betapa dekatnya jarak) antara bangunan masjid dan rumahnya benar-benar menunjukkan dia mahu jalan yang luas untuk akhiratnya.

Dia bukan sahaja buah hati rakyat Kelantan, bahkan jantung hati rakyat Malaysia.

Anda Boleh Mengubahnya



Para pemuda ayuh kita terus berdoa



Para pemuda ayuh kita terus berdoa dan membantu dengan apa cara sekalipun sedaya kita mampu agar Presiden Mesir yang baru dikurniakan Allah kpd Dr. Muhammad Mursyi daripada Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin.

Teruskan mujahadah shbt2 seperjuanganku di bumi mesir, kami semua tetap bersama kalian الله أكبر.

Sesungguhnya umat Islam diseluruh dunia dan Palestin khususnya berharap DR. Muhammad Mursyi terpilih sebagai Presiden Mesir. Lihat saja di Palestin, masyarakat berbondong-bondong untuk solat hajat berjamaah. Mereka berdoa kepada Allah agar pemimpin Mesir yang akan terpilih adalah pemimpin yang membela nasib mereka dan memperjuangkan kemerdekaan mereka. Hati rakyat Palestin begitu dekat dengan Mesir karena kesatuan akidah dan kedekatan geografi. Mesir adalah negara umat Islam yg hampir dengan Palestin.

Ketika Husni Mubarak masih berkuasa, seluruh perbatasan Mesir-Gaza di batasi oleh tembok baja yang menembus permukaan tanah hingga bermeter-meter. Sehingga menyebabkan rakyat Palestin sukar membuat terowong menuju ke Mesir. Rakyat Palestin terpaksa membuat terowongan lebih dalam lagi agar mereka dpt masuk ke wilayah Mesir. Mereka ke Mesir bukan untuk bersenang lenang tetapi kerena suatu keperluan hidup yang mendesak seperti mencari nafkah, mendapatkan ubat dan mempertahankan diri bagi menghadapi serangan Israel.

Israel adalah negara yang paling takut terhadap kemenangan Dr. Muhammad Mursyi. Mereka pasti akan menghalalkan segala cara agar Dr. Mursyi tidak terpilih. Kemenangan Dr Mursyi adalah neraka bagi mereka. Mereka selalu dihantui perang yang pernah terjadi antara Mujahidin Ikhwan Muslimin dengan tentara Israel. Dan, peperangan itu dimenangi oleh Mujahidin Ikhwan Muslimin berkat pertolongan Allah. Mereka juga teringat dengan sejarah, betapa Shalahuddin Al-Ayyubi mampu membebaskan Al-Quds meskipun pasukan Salib bersatu menghadapinya. Bagi Israel, menghadapi HAMAS saja sudah sangat menakutkan apalagi menghadapi Mesir, sebuah negara yang merdeka.

Marilah kita berdoa kepada Allah semoga Allah memberikan pertolongan kepada para Mujahid-Nya yang kini sedang berjuang membebaskan Al-Aqsha. Saya juga berdoa semoga Allah memberkati kemenangan Dr. Muhammad Mursyi hingga beliau terpilih menjadi Presiden Mesir yang baru.

Lihatlah shbt2 sekalian, betapa mudahnya Allah membalikkan keadaan. Dulu Husni Mubarak adalah orang yang paling perkasa di Mesir, orang yang paling ditakuti, tetapi kini dia menjadi buangan di bumi sendiri. Tidak ada yang mustahil bagi Allah. Seluruh makhluk ada dalam genggaman-Nya. Dia Maha Melihat, Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Begitu cepatnya perubahan itu terjadi.

"Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami." (Surah As-Sajdah: 24)

P/S: Gambar Dr Mursyi latarbelakang warna biru laut

Majlis keluar UMNO



Jom kita main kira-kira....



Bosan jugak nak cakap soal politik.... Jom kita main kira-kira....
Siapa geliga..... tolong kira
Jawapan.... terserahlah......

suasana time kuliah Ustaz Azhar Idrus


ni suasana time kuliah Ustaz Azhar Idrus, jauh berbeza dengan K-POP yang UMNO buat tempoh hari, kata UMNO, kalau buat BERSIH rosak harta benda dan sebagainya, kalau lihat pada konsert K-POP rasanya 100 kali ganda merosakkan harta benda malah merosakkan fikiran muda mudi serta agama sekali.. UMNO memang pelupa...huhu

Ini baru betul-betul pengisian rohani. Bukan pengisian rohani dengan K-POP, konsert sukaria pagi sampai malam.

Begitu ramai anak muda yang cintakan Ilmu.
Gambar ini semasa Kuliah Ustaz Azhar tempoh hari.

‎49 TAHUN YEOP BELUM DAPAT2 JALAN! "APE PUNYE PENTADBIRAN MACAM NI?" BOK KATE YEOP PASIORR KITE...



‎49 years (i repeat 49 years!) its a long time people to wait, we've still yet to have proper road access.. so called 'road' to Marudi & so called 'Development' BN Sarawak.. IF the BN cannot discharge its responsibility to the people, then allow PR the chance to show that.

The question is.. will Sarawakian give PR a chance for better Sarawak future?

~Anak Sarawak~

JOM PAKAT DATANG RAMAI-RAMAI!!!..

Kuliah di Selangor

Salam...ni ada sedikit Perkongsian Nota drpd Kuliah Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Shah Alam smlm... Ahad (27.5.12)... 

Jgn lepaskan peluang menimba ilmu ini..sbgai org Islam, menuntut ilmu agama adalah Wajib...

Pengajian Kitab : Anak Kunci Syurga..

** “ Dan bahawa nabi-nabi yg wajib kita beriman dengan tafshil 25, iaitu : Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Syu’aib, Zulkifli, Ibrahim, Ishak, Ya’qub, Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa, Harun, Zakaria, Yahya, Isa, Ilyas, Ilyasa’, Ismail, Yunus, Luth, Muhammad s.a.w..”

1. Wajib kite beriman pada semua Nabi.. Dari Nabi Adam sehingga Nabi kita yg terakhir iaitu Nabi Muhammad.. Dan wajib kite tahu 25orang Nabi ini..

2. Apabila org tnye, siapa nabi kite, kite jwb xtau maka berdose...x wajib hafal semua turutan nama nabi2, tp kena tahu...

3. Kalau orang tnye.. Musa tu Nabi ke tak, dan kite jawab.. "Ya, Musa itu adalah salah seorang Nabi..." kalau kite jawab mcm ni dah memadai..

4. Tak wajib kite tahu sejarah nabi lain...contohnya, ayah nabi Ayub nama apa, xwajib tahu..

5. Generasi skrg byk xtau apa2... Yahudi dan Nasara xkan duduk diam selagi islam xhancur...

6. Mereka melancarkan perang secara fizikal dan saraf... klu fizikal, dlu Portugis serang Melaka, Belanda serang Indonesia, dan byk lg negara2 islam di dunia yg di serang oleh kafir laknatullah ini...

7. Perang secara saraf, mereka guna minda... serang dan jajah minda kita.. sehingga kita x belajar pasal nabi sendiri, bljr pasal lain...

8. Kite xknl 25 nabi, tp 22pemain Manchester united semua kite knl... Dari penyerang, penjaga gol, pengurus pasukan pun kenal..hbs knal dan tau sejarah2 nye... Hmm..

“Bile tye name Nabi, dok ingt.. Doh kite umat mnde ape ?? Umat Nabi ke umat pemain bola “??

9. Kita pasang tekad skrg..kite serang blk Yahudi dan Nasara..dgn cara kite baiki diri kite...perbetulkan blk kesilapan kite dan ibu bapa kite yg abaikan pasal kepentingan ilmu agama...

10. Kite nk baiki mcm mne..? kite baiki dgn ank2 kite plak.. Hantar ke sklh2 Quran, sklh2 hadis, sklh2 agama,pondok2,dll...

11. Jangan kite rase, xfaham agama xdk mslh sdkt pon... Orang jahil kata "tuu yg tak tahu agama tuh, elok je hidup, boleh je makan.. tade r minum air tea tapi jadi air beteri. " hmmm.. atas dunia memang sume enak.. tapi sampai akhirat nanti kamu tgk lar.. akan dibalas semua perbuatan tidak baik, malas belajar agama, ingkar pada perintah Allah.. 

12. Kehidupan kite yg sbnr adalah di akhirat kelak... Jadi, belajarlah sekadar mana dan selagi boleh sementara masih sempat...

13. Cukup dgn Quran dan Hadis...menceritakan tentang kerugian org2 yg jahil agama...

14. Sesiapa yg menafikan sesuatu dlm Quran,maka kufur.. kluar dr islam..wlupon 1huruf sahaja dalam Al Quran maka Islamnya telah terbatal dalam diri dia.. wajib mengucap semula.. 

Apatah lg org skrg yg nafi 1 ayat, nafi 1hukum...:
doh orang lening punye jawapan, "ahhh, kalau kite ikot Quran, bile kite nk majuu.. kalau kite laksana hudud, negara kite akan mundur kalau laksana hudud"

kalau jawab gini, maka KAFIR !! dan sesiapa yg bersetuju dgn kenyataan itu maka die pun akan jadi kafir..jgn ikut org mcm ni..rosak habis... 

sesiapa yg lawan Allah,tiada tmpt laen dh maka neraka lah tempat mu..

15. Dalam bab akhirat, hndklah kite bersama ulama’.. kerana ulama’ adalah warisatul ’anbiya...pewaris nabi...

16. Manusia akhir zaman, bile ustaz2 buat kuliah xmari.. orang ngajar agama dok mari.. tapi bile orang bahagi duit, wang ehsan, laju je die marii... 

kalau die sanggop susah kerana duit, maka dia adalah hamba duit.. bersusah payah mencari duit sehinggakan diabaikan kuliah2 agama.. doh Allah ke, duit tuhan mu ??

17. Sape yg bagi kesenangan ke mu?? duit ?? kalau duit adalah jawapan mu, maka kamu adalah hamba duit, syirik kerana menganggap duit yg memberi kesenangan..

Hamba ialah, org yg sggup bersusah2 kerana sesuatu.. jika bersusah2 krn kdai, maka adalah hamba kdai..bersusah2 krn duit adalah hamba duit..bersusah2 krn Allah adalah hamba Allah...

18. Org gaji 1juta, sekali mkn nasi 1pggan dan 1gelas air... org gaji 1ribu pon mkn nasi 1pggan dan 1gelas air jgk.. ade org gaji 1juta nim skali mkn nasi 1lori..?? hmm, walaupun gaji mahal.. sepinggan gak kite makan nasik.. takde lebihnya, walaupun kaya mcm mana pun tapi hakikatnya kite semua sama.. yg membezakan kite adalah amalan kite..

19. Bila kite xbelajar agama dan xfaham hukum hakam, maka agama di lawan...
================================

** '“ Dan bahawa Allah Ta’ala mengurnia Ia bagi sekalian rasulNya akan beberapa mukjizat, iaitu pekerjaan yg mencarikkan adat yang keluar ia daripada yang mengaku dirinya jadi Rasul”...

1. Mukjizat ialah perkara yg ‘mencarikkan adat’...ni dlm bhsa arab...maknanya di luar kebiasaan mnusia biasa.. Yang hanya ada pd Nabi dan Rasul sahaja..

2. Umpama yg berlaku pd zmn Nabi Musa..yg mne Firaun sgt taksub pd sihir ketika itu.. Firaun memanggil ahli2 sihirnya yg hebat2 utk mencabar kerasulan Nabi Musa...
- Ahli2 sihir firaun lempar tali,tgkat,dll...kemudian semua itu bertukar jd ular...
- Lalu Allah dtgkan ilham kpd Nabi Musa supaya melemparkan tongkat yg dipegangnya... kemudian tgkat itu bertukar menjadi ular yg sgt besar lalu memakan semua ular2 yg ada di situ...
- Ahli2 sihir smua terkejut krn mereka xpernah melihat ular sebesar itu.. Mereka semua ni dh pakar bab2 sihir..dah khatam hbs dh...tp setahu mereka blum pernah lg ade sihir yg boleh buat ular sebesar itu..
- Lalu semua ahli sihir ikut Nabi Musa dan berima kpd Allah...kecuali Firaun yg msh lg dgn keegoan dan kesombongannye...

3. Rasulullah adalah nabi yg plh byk mukjizat... lalat tak pernah hinggap, kutu takde kat rambut.. badan sentiasa berbau wangi wlupon berpeluh..tu br secara fizikal.. doh kite guane? lalat penoh kat kaki, kaki doh lar cekamm.. busuk bangorr... 

Kemudian antara mukjizat lain lg..yg di saksikan sndiri oleh para shbt iaitu bulan terbelah dua kmudian bercantum blk...

4. Kenapa kite xberbangga.. Kita sbnrnya duk bwh pmimpin yg paling hbt skali di dunia..kite duk dlm agama yg hebat skali... tapi ade hati nk lawan perintah Nabi..

Nabi kate suruh tutup aurat, tapi molek2 ade jer gi buke aurat utk tatapan umum.. cube fikir2 balik, kite ni umat Nabi ke..???

5. Kita duk agungkan org lain... Yuri Gagarin, Neil Armstrong duk naik ke bulan... padahal Nabi Adam dan Siti Hawa adalah mnusia pertama yg berada di angkasa...tok moyang kita adalah angkasawan...Dan juga Rasulullah ( Nabi Muhammad )...

6. Antara mukjizatnya jgk, iaitu peristiwa Israk dan Mikraj... Surah Isra’ ayat 1, Ertinya : “Maha Suci Allah Ta’ala yg menjalankan Ia akan hambaNya pada malam dari Masjid Mekah hingga kepada Masjid Baitul Maqdis..”

Dan sabda Rasulullah s.a.w : “ Kemudian menaikkan oleh Jibril akan daku hingga naik aku ke atas Mustawa, mendengar aku padanya akan suara segala Qalam..”

7. Adalah mukjizat Nabi kita yg paling besar skali yg kite xsedor ialah Al-Quran... Al-Quran blh ceritakan segala yg dh lama berlaku dan yg belum berlaku.. tp kite xbaca, mcm mne nk tau..

8. Kalau bace Quran blh duit... PM umumkan, sape2 yg bace Quran 5minit setiap pg, akan dpt 50k sbulan... mu tgk la, semua nk bace Quran... mat pek tgh jek heroin pon ngaji jgk..blh duit boh...

9. Tapi Allah dh kata, 1huruf = 10 pahala... Alif Lam Raa..30pahala... 1pahala yg Allah bg, tdk dpt di tandingi oleh segala apa nikmat didunia pon...Allahu Robbi...tp org x nmpk...

10. Serangan barat menyebabkan kite x bljr sejarah kite.. duk bljr sjrh Mahatma Gandhi, Alexander Graham Bell... Akhirnya kita xtau siapa itu shbt nabi yg bernama Abu Hurairah...

11. Tok bilal duk azan drpd muda sampai ke tua, sampai ke mati tok bilal tu... xpegi2 jgk surau mesjid...

12. Sesiapa yg mencari dunia sahaja dan tidak pedulikan akhirat maka dia adalah orang yg paling rugi..mereka ini ibarat haiwan ternakan...

13. Dan sesiapa yg mencari akhirat dan dunia maka dia adalah orang yg paling untong..kerana bile dia mencari akhirat, maka dunia akan datang sendiri padanya.. =)

14. Kereta yg paling hebat sekali, yang ada 6 drebar ialah Kotak Keranda... menteri mati bubuh dalam kotak.. ahli parlimen mati bubuh dalam kotak.. exco mati pun bubuh dalam kotak..org pggil ‘In Box’...! =) 

Doh nk sombong mende ape mase atas dunia ni?? Sume mati.. ni mase hidop duk khianat ke orang.. Bile mati esok2 mun tgk r.. kalau mun jadi Perdana Menteri aka PM dan kalu mengkhianati rakyat mu, dan jika rakyat2 mu itu tidak redho dgn perbuatan mu itu, di akhirat esok2 tgk lar... semua akan datang menuntut hak pada mu..

Seringgit kamu kencingg (tipu) duit orang, maka diakhirat nanti orang itu akan datang meminta balik pada mu...

15. Jika mayat yg baik,semasa di usung ke kubur dia akan kata..”Cepatkan perjalananku ke akhirat”...sebaliknya jika mayat xbaik akan bertempik melolong... “Celaka lah aku hari ini..ke mana aku nk di bawa pergi”...!!

16. Manusia xleh dgr..kalau boleh dgr nescaya akan pengsan atau mati mengejut..

17. Hanya seorang sahaja yg boleh tolong kita selepas mati semasa di akhirat kelak iaitu Nabi Muhammad s.a.w... Orang lain xrok cetong belaker...=)

__________________________________________

* Sesi Soal – Jawab *

1. Baru2 ini sy ade terjumpa dgn kwn lama,prmpuan... mase terjumpa, dia dtg cium pipi sy..nk alih tkut air muka dia jatuh”...- Kite xtau yg tulis ni laki ke puan... Kalau puan ngan puan, xdk mslh...
- Kalau laki ngn puan, Haram.. 
- Jatuh air muka xdok mslh, bukan muka yg jatuh golek.. Allah perlu di utamakan... kalau nk main laga2 pipi kena khwin dlu...


2. Saya bakal berkahwin...nk pggil isteri sy nnt dgn nama umairah blh x..mcm nabi pggil kpd siti aisyah.. isteri sy putih, tetapi pipinya xmerah...
- Boleh panggil..xdk mslh.. elok pggil isteri dgn apa2 nama yg baik dan boleh mengeratkan hbngan..


3. Sy buat solat sunat atas motor, baju terselak kena angin smpai nmpk aurat...sah x solat sy...?
- Solat sunat atas/dlm kenderaan, semua rukun tdk luput kecuali arah kiblat...xpe, tdk pd arah kiblat...yg lain2 tetap xluput..wudhu’,aurat, syarat sah n batal solat...
- Jika terselak sbb angin xbatal... sbb haiwan,mnusia,dll juga xbatal jika xsengaja...tetapi kena cpt2 tutup blk dgn segera...jgn di lengahkan..klu xsegera, maka akan batal...


4. Apakah hukum suami – isteri post gambar sedang bercumbu..?
- Ni lah org lening.. "suami i pegi outstesengg lar 3ari.. rindunyerrr >.<"

Hmm, nim lar isteri bodo.. doh suami mun tadok dumoh, wt mnde ape kabo lam FB ?? “i bace rase nk termuntass larrr....” =)

kalau post, "sy sakit gigi lar ari ni" "sy tak sihat lar" yg gitu bulis tahan.. ni mende2 pribadi gitu pong nk kabo ke orang ramai.. 
- Haram...xboleh..bukan akhlak org islam..mcm2 perkara boleh jd..boleh undang fitnah dan naikkan syahwat org lain yg melihatnya..
- Benda peribadi hok dlm kain, dlm bilik gini jgn publish.. ini org ada mslh hospital tanjung rambutan..mental! =)


5. Suami nk pinjam duit untuk buat bisnes..mak larang bg duit kpd suami kerana suami ada hutang yg belum di byr lg..
- Wajib kena taat pd suami dulu, br mak.. org zmn skrg ni, byk lbh ikutkan mak drpd suami sndiri...


6. Anak luar nikah kena di bin kan Abdullah ke..boleh x di bin kan dgn suami mak nya..kerana boleh dtgkan aib pd anak tersebut...
- Memang xwajib bin kan Abdullah... dlm hadis sebut, kena bin kan emaknya...
- Alasan nk elak rase malu tetap xboleh..bukan bdk tu yg ptut di hina dan rase malu..tetapi masyarakat yg bersalah..pandang xmolek pd anak tu..begitu jgk pd janda..akan di pandang xmolek..


7. Boleh ke x, bagi pd ikan peliharaan makan haiwan yg hidup...?
- Xharam jika itu adalah makanannya... contohnya ikan arowana... kita tgkap cicak pastu bg mkn kt ikan tu... xkan nk sembelih dlu cicak tu...=)


8. Bini sy tgh ngandung..masalahnya dia buat prangai yg xsedap ht sy...mcm mne nk kembalikan isteri sy kpd kdaan sperti yg sblum ngandung..?
- Memang mase ngandung, berlaku perkara pelik2.. dan klu bini mengidam utk makan mnde yg pelik2.. si suami kne pegi cari jugak makanan tu utk diberi pada isterinya.. biase lah... lg pon nnt dia akan berjuang dan melakukan pengorbanan yg besar untuk melahirkan anak kite nnt.. terima lah seadanya...

Jadi, kalau mun xmboh cari bnde yg pelik2 isteri mun ngidam....jgn buat dia ngandung..! =)


9. Keluarkan KWSP, ckp utk buat belajar...tp guna utk perkara lain..boleh x..?
- xdok mslh..kerana dia pemilik sbnr wang tersebut..


10. Solat kat kwsn stadium...ade 2 imam..bleh ke x..??
- Xdok masalah kalau ade 4 imam sekali pon.. bile ade 2 jemaah dalam 1 masjid maka itu adalah haram..Haram buat jemaah lain dgn sengaja.. kerana berjemaah nim adalah utk mengeratkan umat Islam..
- Jika jemaah 1 sudah dlm kdaan tahiyat akhir, maka boleh jgk buat jemaah baru...
tetapi kalau di padang bola ataupun di stadium,di mana tmpt dan ruangnya terhad maka diboleh kan.. yg tak boleh adalah di tempat solat seperti masjid atau surau kerana boleh menimbulkan fitnah.


11. Benarkah ada 7 org muka serupa dlm dunia ni..??
- Tiada sebarang nas yg kata begitu..yg ada cuma drpd org yg kaji manusia..drpd pakar.. mgkin jgk btul.. kerana mcm dktor jgk, yg pakar tentang pnyakit dan kshtn..bile doctor chek2 kite, dia kate kite ade kencing manis..boleh digunapakai kerana doctor pakar dlm hal tersebut...pendapat pakar boleh di ikut...
- Mungkin jgk xbetul, kerana yg benar dan tepat hanyalah drpd Allah dan Rasul...


12. Sy buat solat sunat istikarah...tp mcm mne nk tau bnda tu betul ke x.. samada drpd Allah ataupon syaitan...
- Tengok pd kdaan apa tujuan istikarah tu...biasanya syaitan tiada gangguan pd perkara yg mcm tu, yg harus pd syarak.. syaitan ganggu pd benda yg nyata shj..seperti tgh mandi hadas ke..sampai 3jam mandi...


13. Semalam ustaz kata, telur penyu blh di mkn.. mcm mne dgn telur buaya...?
- semua telur2 boleh makan, kerana telur halal dimakan.. melainkan telur itu ade racun dan memudaratkan kite seperti telur ular dan haiwan berbisa lain..

ikot mun lar nk makan telur buaye ke, telur katop ker, telor lembu ke.. janji tak memudaratkan, ianya halal.. gp tergamok ke mu nk mkn telur buaya..?

14. Boleh x salam dgn 2 pupu..jarak umur pon jauh2...
- Tetap haram sentuh saje2 dgn bukan mahram...


15. Sy rase nk nikoh, tapi tadok duitt.. dok kan nk puase sokmo.. guane tuh ustaz, ??
- Nk kawin bukan ade duit ke tak.. ke mung nk kawin ngan duit..?? kawin ngan awep larr, bukan susoh pong nk kawin.. kalau dok leh nk puase doh, maka kawin larr.. cari yg muroh2, cari yg ikot kemampuan kite.. cari yg mudah, selamat dan bergune..

- ni keje kerani jerp, tapi nk pakai kete subaruu... taraf2 mun pakai kete kancil doh lar.. dan wajib kerajaan (melalui baitumal) bagi duit bantuan utk menikah.. dan boleh juga buat pinjaman utk nikah..


16. Guna baja najis pd buah2 dan sayur2...haram ke x..??
- Jika baja tu ditabur atas tanah, lalu diserap oleh akar..maka xwajib basuh..kerana akar hanya menyerap zat2 protein drpd baja tu shj.. Allah maha bijaksana...akar berfungsi sbgai penapis..mcm buah pggang dlm bdn mnusia...
- Jika baja tu sembur pd daun, kena basuh terlebih dahulu..masih blh di mkn...


17. Wanita yg belum khwin...ambil anak angkat..kmudian ambil pil hormone utk mengeluarkan susu....
- Klu nk ambil anak angkat / susuan, syaratnye umur jgn lebih drpd 2tahun...mung jgn gi amik bdk tgkatan 6 pulok utk wat jd anak susuan..
- Syarat untuk digelarkan anak susuan ialah, kena bg bdk tu mnum susu hingga kenyang sebanyak 5 kali susuan...
- Pengambilan pil hormone utk mengeluarkan susu... susu ni asalnya terjadi apabila dijimak oleh suami dan hamil.. berkenaan dgn pengambilan pil ni ada 2 pendapat..ada yg kata boleh, ada yg kata xboleh...boleh nk ikut yg mana2 pon..


18. Lelaki yg terpegang ‘telur’nya, batal x wudhu..??
- Jika pegang zakar maka batal wudhu’.. zakar adalah "dari pangkal pistol sampai ke hujung.." kalau pegang "peluru" tidak batal wuduk..
- faraj adalah "bibir sahaja" dan kalau sentuh di tepi2 tidak batal wuduk..
- Jika berlapik juga xbatal wudhu’...
- Utk batal wuduk adalah kite menyentuh kemaluan dgn tapak tangan..selain tapak tgn, iaitu belakang tapak tangan, tidak batal wuduk..
- Tapak tangan ialah bhgian tapak, perut2 jari sehingga ke hujung jari...bhgian yg nampak dr pndangan hadapan shj..


19. Imam terlebih baris mase angkat takbir... Allahu Akbaru... sah x solat...?
- Xbatal solat...kerana maknanya xlari...yg batalnya, takbir xbunyi terus... kerana ianya adalah rukun qauli...


20. Orang puan xleh masuk kubur, kenapa..??
- Sebab dia xmati lg...=)
- Untuk yg xtutup aurat dgn sempurna...
- Pada hari di tanam... ini adalah urusan lelaki shj..
- Kena ditemani mahram..xleh gi sorg2..
- Jangan buat perkara haram..bertempik,melolong...

p/s : admin br bljr jgk.. ini shj yg sempat di catitkan..jika ada slh n silap, sila tegur dan perbetulkan.. sama2 kite belajar dan sebarkan ilmu Allah ini..semoga kite semua diberkatiNya..amiinn~