Dua lagi laporan itu berkaitan dengan pengedaran risalah yang mengandungi laporan klinikal forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat dan cakera padat (CD) mengandungi fatwa imam terkemuka dari Mesir, Syeikh Yusuf al-Qaradawi.
Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah, 36, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini pada pukul 12.30 tengah hari.
Sebelum itu, Arman Azha dan kira-kira 40 ahli Perkasa berarak dari Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ke IPD itu sambil mengibarkan bendera Perkasa dan melaungkan 'Allahuakbar' serta 'Hidup Perkasa'.
Arman Azha yang ditemui pemberita berkata, laporan pertama berkaitan dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mengenai lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti dalam percubaan mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.
Dalam pada itu, Amran Azha berkata, laporan kedua mengenai sebuah risalah yang ditanda tangani Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail bertajuk 'Fitnah dahsyat berulang kembali' sementara laporan ketiga laporan ketiga mengenai pengedaran cakera padat (CD) PKR yang menggunakan fatwa Syeikh Yusuf al-Qaradawi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika ditemuiUtusan Malaysia hari ini mengesahkan telah menerima laporan tersebut.
No comments:
Post a Comment