Friday, April 30, 2010

Gambar terbaru arwah sebelum menemui ajal ditembak polis..



Posted by RAKYAT MARHAEN Jumaat, 2010 April 30



Gambar di atas (berbaju kuning) adalah antara gambar terbaru arwah Aminulrashid sebelum arwah meninggal dunia.. baju yang sama juga dipakai oleh arwah sewaktu arwah terbunuh akibat tembakan polis..

Rakan remaja ditembak polis mohon maaf pada ibu mangsa

SHAH ALAM, 29 April — Rakan Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati polis di Seksyen 11 di sini Isnin lalu, ada memohon maaf kepada keluarga mangsa kerana tidak dapat membantu kawannya ketika insiden meragut nyawanya.

“Saksi ada datang berjumpa saya dan meminta maaf kerana tidak dapat melindungi anak saya,” kata Norsiah Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid.

Saksi itu yang hanya dikenali sebagai Azam ada bersama Aminulrasyid (gambar) dalam kereta yang mereka naiki tetapi meninggalkan tempat kejadian semasa insiden.

Azam menemui Norsiah di rumahnya Isnin lalu. Norsiah tidak dapat ingat masa pertemuan mereka.

Menurut Norsiah, dia hanya dapat memeluk Azam sebagai memohon maaf.

Dia tidak mahu mengatakan hasil perbualan kerana tidak mahu Azam, yang merupakan saksi utama kejadian, diganggu.

Menurut Norsiah, saksi merupakan kawan baik kepada arwah sejak dari sekolah rendah lagi.

“Saksi dan anak saya merupakan kawan baik anak saya sejak dari sekolah rendah lagi. Lagipun kedua-dua mereka aktif dalam sukan seperti bola sepak dan olahraga,” kata Norsiah kepada The Malaysian Insider hari ini.

Norsiah berkata, hubungan allahyarham dengan keluarga saksi juga amat rapat seperti keluarga sendiri.

“Arwah baik dengan keluarga saksi begitu juga dengan jiran-jiran di sini. Kadang-kadang arwah akan ke rumah kawan-kawan untuk makan ataupun bermain,” katanya lagi ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 11 di sini.

No comments:

Post a Comment