Friday, April 30, 2010

Kalau tak kerana pilihanraya


Klinik 1Malaysia Dibuka Di Hulu Selangor
HULU SELANGOR, 30 April (Bernama) -- Kawasan Hulu Selangor pada Jumaat mendapat Klinik 1Malaysia sendiri bertempat di Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung.

Klinik itu dilancarkan oleh P. Kamalanathan, Anggota Parlimen baru Hulu Selangor, yang memenangi pilihanraya kecil pada Ahad lepas.

Pembukaan klinik itu bukti Barisan Nasional (BN) menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya kecil itu, kata Kamalanathan.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah memberi jaminan tersebut kepada penduduk Hulu Selangor untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada mereka.

"Inilah cara BN bekerja, BN akan memenuhi semua janji-janji BN yang telah dibuat pada kempen pilihan raya baru-baru ini dan akan menyelesaikan semua masalah yang dihadapi penduduk setempat," katanya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan kakitangan Kementerian Kesihatan kerana membantu menyegerakan perkhidmatan Klinik 1Malaysia di Hulu Selangor ini," kata Kamalanathan.

Sejak kemenangannya, beliau telah melakukan lawatan dan beramah mesra dengan penduduk setempat di Felda Sungai Buaya, Kuala Kubu Bharu, Taman Teratai dan Rasa.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment