Monday, April 26, 2010

Majoriti tipis, menang BN tak berbaloi - Anwar



Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 26 April: Kemenangan tipis Umno Barisan Nasional
 (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor semalam tidak
berbaloi dengan wang yang dihabiskan ratusan juta ringgit.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR),
 Datuk Seri Anwar Ibrahim
(gambar)berkata, BN
sekurang-kurangnya
menghabiskan RM65,000 untuk setiap
 1,725 majoriti yang dimenangi mereka.

Apatah lagi seluruh jentera kerajaan
 digunakan BN termasuk Suruhanjaya
 Pilihan raya (SPR), namun hasil yang
diperolehi langsung tidak memadai.

"Lebih dari RM100 juta dihabiskan oleh
 BN untuk memenangi majoriti tipis di
 Hulu Selangor iaitu sebanyak
RM65,000 untuk setiap orang.

"Puluhan menteri berkempen setiap
 hari, Suruhanjaya Pilihan raya sekali lagi melanggar etika
 tanggungjawab
 mereka untuk memastikan pilihan raya adil, dan polis melakukan
 dooble standard kepada penyokong PR malah  ada laporan
bahawa mereka menghalang beberapa pengundi melaksanakan
 tanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan.

Jumlah majoriti tipis itu kata Anwar, menunjukkan BN tidak pernah
 belajar dari pilihan raya umum Mac 2008 lalu di mana rakyat
 tidak boleh diperbodohkan dengan sebarang taktik kotor dan
penyalahgunaan kuasa.

"Ini bermakna bahawa Barisan Nasional tidak belajar apa-apa
 sejak pilihan raya umum pada Mac 2008. Pembunuhan karakter
, perkauman, rasuah dan keganasan digunakan untuk membantu
 mereka memenangi pilihan raya kecil. Tapi rakyat tidak akan tertipu,"
katanya.

Pakatan Rakyat, jelasnya tidak pernah putus semangat berdepan
 dengan segala penyalahgunaan kuasa BN sepanjang pilihan raya.

Malah, katanya akan terus berusaha memberi kesedaran kepada
rakyat khususnya di Selangor termasuk ke kawasan tanah-tanah
 Rancangan Felda.

"Kita akan meningkatkan sokongan rakyat di Hulu Selangor.
 Kita banyak yang perlu kita lakukan agar sasaran menarik
pengundi  di kawasan pedalaman dan Felda tercapai," katanya.

Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada seluruh jentera
 Pakatan khususnya dari PAS dan DAP yang memberikan
 sokongan padu kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

"Saya berterima kasih kepada petugas dari Pakatan Rakyat
termasuk rakan-rakan kita dari DAP dan PAS yang menyokong
 calon PKR  di Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim.

"Puluhan ribu penyokong PR  bergabung dengan kami untuk
untuk membuktikan setiap rakyat mempunyai hak untuk keamanan,
keadilan, dan kemakmuran.

"Saya bersyukur atas sokongan luar biasa yang telah dipaparkan.
Komitmen anda untuk mengubah kepada yang lebih baik," katanya.

No comments:

Post a Comment