Tuesday, May 25, 2010

Kejayaan kerajaan Barisan Nasional yang membanggakan


Sepuluh buah penjara alami kesesakan

24/05/2010 5:50pm

KOTA BAHARU 24 Mei — Sebanyak 10 penjara di negara ini mengalami kesesakan berikutan penempatan banduan lelaki dan perempuan yang tidak seimbang dengan kapasiti yang ditetapkan di penjara tersebut, kata Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar.
Beliau berkata penjara berkenaan termasuk di Sandakan, Kota Kinabalu, Marang, Pengkalan Chepa, Tapah dan Kluang mana bilangan banduan melebihi 10 peratus daripada kapasiti yang sepatutnya.
Sehingga kini terdapat 38,124 banduan di 41 buah penjara di seluruh negara dengan kira-kira 32 peratus atau kira-kira 12,000 orang banduan adalah rakyat asing termasuk pendatang tanpa izin, katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sijil penghargaan kepada 100 pegawai, anggota dan kakitangan awam penjara Kelantan dan Terengganu di sini hari ini.
"Bagaimanapun secara keseluruhan, keadaan kesesakan di penjara-penjara itu tidaklah serius dan bilangan banduan yang ada sekarang boleh ditampung dengan jumlah penjara lain yang ada,” katanya.
Zulkifli berkata beberapa rancangan sedang dibuat bagi memastikan tidak berlaku kesesakan termasuk pembinaan penjara baru. - Bernama

No comments:

Post a Comment