Monday, May 10, 2010

Tujuh maut dalam serangan bom tepi jalan di Afghanistan



HERAT 21 Dis. - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh, termasuk dua anggota polis, apabila sebutir bom tepi jalan diletup mensasarkan sebuah trak polis di barat daya Afghanistan, semalam.

Ketua polis wilayah Nimroz, Mohammad Rahim Chakhansori berkata, kejadian itu berlaku di bandar Zanraj dan lima orang awam turut terkorban apabila kenderaan tersebut diletupkan.

Gabenor wilayah berkenaan mengesahkan angka kematian itu dan seorang anggota polis wanita turut dilaporkan tercedera dalam serangan terbabit. - AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121221/lu_13/Tujuh-maut-dalam-serangan-bom-tepi-jalan-di-Afghanistan#ixzz2Ff7ZR3RZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment