Thursday, June 24, 2010

Israel lancar satelit khusus pantau Iran


BAITULMAQDIS 23 Jun - Israel semalam melancarkan sebuah satelit pengintip yang dilaporkan boleh memantau perkembangan program nuklear di negara yang menjadi musuh ketatnya, Iran.
Pelancaran satelit Ofek-9 (Ufuk-9) dari pangkalan Palmachim di selatan Israel itu diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Israel.
"Keputusan pelancaran itu sedang dikaji oleh pasukan teknikal," menurut kementerian itu.
Ia tidak memberi maklumat lanjut tetapi radio awam melaporkan, seperti satelit sebelumnya dalam siri Ofek, satelit tersebut boleh mengambil gambar beresolusi tinggi bertujuan memantau program nuklear Iran.
Menurut radio itu, satelit Ofek-9 dibangunkan oleh Israel Aircraft Industries dan dilancarkan melalui sebuah roket Shavit.
Israel menganggap Iran sebagai ancaman utama selepas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkali-kali meramalkan kehancuran rejim Yahudi itu.
Seperti kuasa Barat, Israel mengesyaki Iran cuba membangunkan senjata nuklear dengan berselindung di sebalik program nuklearnya, tetapi dakwaan ini dinafikan oleh Teheran.
Israel sudah menempatkan enam satelit pengintip di angkasa lepas berikutan pelancaran Ofek-9 itu.
Percubaan untuk melancarkan Ofek-6 pada 2004 gagal apabila satelit itu terhempas ke Laut Mediterranean selepas pelancarnya mengalami masalah teknikal. - AFP

No comments:

Post a Comment