Saturday, June 19, 2010

Pelarian Kyrgyzstan semakin meningkat




2010/06/19

OSH: Kira-kira 400,000 rakyat Kyrgyzstan hilang tempat tinggal dan terpaksa menjadi pelarian berikutan keganasan etnik di negara itu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, peningkatan jumlah yang mendadak berbanding anggaran kerajaan. 

Jurucakap Pejabat Kemanusiaan PBB Elisabeth Byrs, berkata kira-kira 300,000 orang terpaksa melarikan diri tetapi masih berada di dalam negara yang mempunyai 5.3 juta penduduk itu.“Seramai 100,000 pelarian lagi kini berada di Uzbekistan dan berdepan krisis makanan, kekurangan bekalan air bersih rta risiko jangkitan penyakit,” kataPresiden kerajaan sementara Kyrgyzstan Roza Otunbayeva ketika melawat kawasan pertelagahan etnik itu berkata hampir 2,000 orang terkorban, walaupun sebelum ini Kementerian Kesihatan berkata jumlahnya hanya 191 orang. 

“Saya menganggarkan jumlahnya 10 kali ganda daripada yang dilaporkan,” kata Otunbayeva yang dipetik jurucakapnya Farid Niyazov. 

Beliau berkata angka semasa itu tidak termasuk jenazah yang dikebumikan serta-merta bagi memenuhi tuntutan Islam. 

Sementara itu, etnik Uzbek yang ditemuramah wartawan agensi berita antarabangsa di bandar raya Osh berkata, lelaki Kyrgyz mencabul dan memukul lebih 10 orang wanita dan remaja perempuan Uzbek, termasuk yang sedang hamil dan kanak-kanak seawal usia 12 tahun di sebatang jalan ketika keganasan minggu lalu. 
Matlyuba Akramova turut menunjukkan kepada wartawan seorang gadis remaja dan saudaranya berusia 16 tahun yang mengalami trauma selepas melihat bapanya dibelasah samseng etnik Kyrgyz di kejiranan Cheryomushki. 

“Dia bersembunyi di loteng ketika kejadian, tetapi kemudian turun untuk merawat luka bapanya. Bagaimanapun sekumpulan samseng lain terlihat gadis itu dan mencabulnya di hadapan bapanya,” katanya. – AP 

No comments:

Post a Comment