Monday, July 26, 2010

Derita Amar tidak boleh bergerak




ABDUL AZEEZ (kanan) meluangkan masa melawat Mohd. Amar yang menderita penyakit kelemahan pada otot di Baling semalam.


BALING - Biarpun masih mahu meneruskan persekolahan, namun bagi seorang remaja Mohd. Amar Suhaimi, 16, hasrat itu terpaksa dilupakan.
Dia yang kini terlantar di rumah kerana menghidap penyakit kelemahan pada otot dikenali Duchenne Mascular Dystrophy tidak dapat bergerak bebas.
Dalam tempoh setahun lalu, dia jarang ke sekolah kerana seluruh otot badannya lembut membuatkan dia tidak mampu untuk bergerak.
Sepanjang tempoh itu, dia terpaksa berkerusi roda dan pergerakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra, di sini itu dibantu oleh guru dan rakan-rakan.
Menurut bapanya, Suhaimi Saad, 48, sejak seminggu lalu, dia langsung tidak ke sekolah kerana penyakitnya bertambah serius.
Katanya, struktur badan dan kaki Amar yang bengkok menyebabkan dia tidak dapat bergerak seperti dulu.
Jelasnya, anak sulung daripada dua beradik itu mula menderita penyakit tersebut sejak berusia lima tahun.
"Selepas umurnya mencecah sembilan tahun, keadaan penyakit Mohd. Amar semakin serius apabila seluruh badannya semakin lembik," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Impian Pulai, dekat sini semalam.
Menurut Suhaimi, kadang-kadang dia dan isteri Rokiah Othman, 51, terpaksa meninggalkan Amar kepada adiknya, Mohd Izat, 15, ketika mereka keluar bekerja.

No comments:

Post a Comment