Sunday, July 18, 2010

Gay pertama kahwin di Argentina bulan depan



SEORANG lelaki menjerit bagi membantah undang-undang perkahwinan sejenis di Buenos Aires semalam.


BUENOS AIRES - Selepas menjadi negara Amerika Latin yang pertama mewartakan undang-undang perkahwinan sesama jantina kelmarin, Argentina bakal menyaksikan pasangan gay pertama yang berkahwin secara sah pada 13 Ogos depan.
Pihak berkuasa semalam mengesahkan, aktor ternama, Ernesto Rodriguez Larrese, 60, dan kekasihnya, Alejandro Vanelli, 61, yang hidup bersama sejak 34 tahun lalu akan menjadi pasangan pertama di bawah undang-undang baru itu.
Ketua Persekutuan Lesbian, Gay dan Pondan Argentina, Maria Rachid berkata, dianggarkan 100 pasangan mahu melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh itu setelah Parlimen meluluskan undian selepas perdebatan panas 15 jam.
Presiden Cristina Kirchner yang memimpin kerajaan berhaluan sederhana kiri juga menyokong undang-undang itu meskipun dibantah keras pihak gereja yang bimbang ia akan menghancurkan institusi keluarga negara Kristian Katholik itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment