Tuesday, August 3, 2010

Anwar tuduh kes pendakwa terjejas

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan supaya tuduhan liwat terhadapnya dibatalkan dengan alasan integriti pihak pendakwaan terjejas berikutan dakwaan hubungan sulit seorang timbalan pendakwa raya dalam pasukan mereka dengan saksi utama kes itu.
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan supaya tuduhan liwat terhadapnya dibatalkan dengan alasan integriti pihak pendakwaan terjejas berikutan dakwaan hubungan sulit seorang timbalan pendakwa raya dalam pasukan mereka dengan saksi utama kes itu. Anwar yang diwakili pasukan pembelaan diwakili Karpal Singh memfailkan permohonan itu melalui notis usul dan afidavit di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini. Dalam afidavitnya, Anwar mendakwa Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif mempunyai hubungan sulit sepanjang perbicaraan dengan saksi utama pendakwaan yang juga pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Farah Azlina berada dalam pasukan pendakwaan kes itu yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden dan didakwa mempunyai pengetahuan mengenai kertas siasatan. Anwar mendakwa Mohd Saiful Bukhari mempunyai akses kepada kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai terhad dan sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) termasuk kenyataan semua saksi pendakwaan.
Katanya, ini termasuk kenyataannya yang direkodkan mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah, selain minit sulit antara polis dan pihak pendakwaan serta dokumen dalam kertas siasatan, rakaman litar tertutup (CCTV), diari siasatan dan laporan pakar perbuatan. “Saya menyatakan bahawa Farah Azlina memberi taklimat kepada Mohd Saiful Bukhari bersama ahli pendakwaan lain mengenai kenyataannya mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah yang dicadangkan untuk diberi sebagai keterangan bersumpah diberi di dalam mahkamah kelak. “Farah Azlina melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Mohd Saiful Bukhari juga melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(2) akta sama,” katanya. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Isnin depan untuk mendengar permohonan itu.

No comments:

Post a Comment