Orang meninggal pun disenarai penerima zakat
KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) kesal kerana berlaku kepincangan dalam pengagihan bantuan zakat Hari Raya.
Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata, terdapat orang yang tidak layak seperti golongan muda, sihat dan yang sudah meninggal dunia turut disenarai sebagai penerima zakat.
Beliau berkata, pemilihan penerima bantuan raya tahun ini dibuat oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Jawatankuasa Masjid dan Amil.
"Kita harap selepas ini senarai penerima yang layak disemak terlebih dahulu sebelum diserah kepada Maidam, untuk memastikan hanya yang layak sahaja menerima bantuan zakat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Pada tahun ini seramai 30,846 penerima layak menerima bantuan dari Maidam yang melibatkan peruntukan RM10.5 juta.
Kadar bantuan adalah RM300 seorang berbanding RM250 tahun lepas.
Wan Harujan berkata, Daerah Kuala Terengganu mencatat bilangan penerima tertinggi iaitu 9,369 orang, Besut (5,400), Marang (5,256), Kemaman (3,661), Dungun (3,435), Hulu Terengganu (2,735) dan Setiu (990).
Pengagihan bantuan bermula semalam hingga 10 Ogos.

No comments:
Post a Comment