Saturday, August 14, 2010

Iran lancar reaktor nuklear pertamanya minggu depan



14/08/2010 3:18am

TEHRAN 14 Ogos - Iran akan melancarkan reaktor kuasa nuklear pertamanya minggu depan selepas projek yang sangat sensitif itu tertangguh selama beberapa tahun, kata negara republik islam yang dibantu oleh Rusia bagi pembinaan loji itu semalam.
"Kami sedang mempersiapkan untuk memindahkan bahan api ke dalam loji minggu depan. Kemudian memerlukan tujuh ke lapan hari untuk memindahkannya ke reaktor.
"Pada 21 hari bulan ini, bahan api itu akan dipindahkan ke dalam bangunan di mana enjin'' stesen kuasa Bushehr di selatan Iran terletak," kata ketua tenaga atom Iran, Ali Akbar Salehi, yang dipetik dari agensi berita Iran Fars.
Tambah Ali, Iran telah menjemput pegawai pemeriksa dari badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpangkalan di Vienna, Badan Tenaga Atom Antarabangsa untuk menghadiri upacara pelancaran itu. - AFP

No comments:

Post a Comment