Monday, September 27, 2010

Lubuk penyamun

Oleh Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my
2010/09/24 

SUBANG JAYA: Tindakan penjenayah menceroboh masuk ke halaman rumah penduduk semata-mata mahu mendapatkan barangan berharga milik mangsa di sekitar Taman Subang Perdana, dekat sini, mengundang kebimbangan penduduk.


SUNYI...kawasan Taman Subang Perdana yang menjadi tumpuan penjenayah.
SUNYI...kawasan Taman Subang Perdana yang menjadi tumpuan penjenayah.

SUNYI...kawasan Taman Subang Perdana yang menjadi tumpuan penjenayah.
SUNYI...kawasan Taman Subang Perdana yang menjadi tumpuan penjenayah.
Bukan sekali, malah sejak setahun lalu kejadian kecurian dan ragut di kawasan berkenaan dilaporkan semakin berleluasa terutama di Jalan 1/11, Jalan 1/12 dan Jalan 1/13 yang sunyi pada waktu pagi.

Penduduk yang ingin dikenali sebagai Rina, 48, berkata dia pernah diekori peragut sehingga ke halaman rumah menyebabkan dia bergegas menghubungi suami.

Tinjauan Metroplus mendapati, keadaan di situ agak sunyi dan lengang biarpun sekali-sekala ada kenderaan lalu lalang.

“Setiap kali ingin keluar rumah, saya akan memerhatikan keadaan sekeliling dan berhati-hati. Walaupun masih trauma dengan kejadian peragut mengekori saya sehingga ke rumah, namun saya tiada pilihan dan terpaksa keluar untuk melakukan pelbagai urusan.

“Pernah satu hari, kepala paip saya dicuri mengakibatkan rumah saya mengalami gangguan bekalan air beberapa hari,” katanya yang sudah membuat laporan polis.
Seorang lagi suri rumah yang dikenali sebagai Ramlah, 70, turut menjadi mangsa apabila tong gas dan alat penghawa dingin dicuri ketika peralatan itu diletakkan di luar rumah.

“Saya semakin takut, boleh dikatakan setiap hari ada saja barang milik kami yang diletakkan di luar rumah hilang.
“Bukan itu saja, penjenayah semakin galak meragut suri rumah yang membuang sampah di hadapan rumah.

“Baru-baru ini, ada penduduk yang membeli ikan di hadapan rumah didatangi dua lelaki menaiki motosikal dan meragut barang kemas mangsa.

“Mangsa patah tangan ketika peragut cuba merentap gelang tangan dipakainya sehinggakan penduduk di sini trauma untuk keluar walaupun hanya di halaman rumah,” katanya.

Ramlah berkata, walaupun ada pertubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang mengawal kawasan itu pada waktu malam, namun peragut terbabit agak licik kerana memilih waktu siang untuk melakukan jenayah mereka biarpun menyedari kegiatan mereka diperhatikan orang ramai.

Malah, katanya, penjenayah juga mengancam mangsa dengan senjata tajam seperti parang untuk menakutkan mangsa supaya menyerahkan barang berharga.

Dia berharap, pihak berkuasa menjalankan pemantauan lebih kerap di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment