MATARAM: Seorang ekspatriat warga Amerika Syarikat yang tinggal di Lombok selama 15 tahun hilang sabar dengan amalan bacaan ayat-ayat suci al-Quran apabila menyerbu satu sesi tadarus lewat malam dengan memakai kasut masuk ke surau, mencabut mikrofon dan didakwa memukul seorang jemaah.
Polis dan saksi berkata, dia bertuah kerana terselamat selepas jemaah yang berang mengejarnya dan menggeledah rumahnya.
Luke Gregory Lloyd, 64, terlepas daripada dibelasah namun ditahan polis kerana disyaki mempersenda agama dan melanggar syarat visa, kata timbalan ketua polis Lombok Tengah, Lalu Mahsun kelmarin.
Lelaki ini jelas menaikkan kemarahan penduduk kampung Kuta di Pujut, Lombok Tengah, kata Mahsun.
Pada malam 22 Ogos lalu, dia menyerbu ke dalam surau dan memaki hamun penduduk kampung yang sedang melakukan tadarus, amalan bacaan al-Quran sehingga lewat malam selepas selesai solat Tarawih.
Dia masuk dengan memakai kasut dan kemudian mencabut mikrofon digunakan jemaah untuk membaca al-Quran, kata Mahsun.
Kami percaya dia memukul salah seorang jemaah kerana menurutnya, mereka mengganggunya tidur.
Mahsun berkata, pejabat agama tempatan perlu memutuskan sama ada Lloyd mempersendakan agama, yang dianggap satu pelanggaran.
Mahsun berkata, pejabat agama tempatan perlu memutuskan sama ada Lloyd mempersendakan agama, yang dianggap satu pelanggaran.
Mahsun berkata, visa Lloyd tamat tempoh April 2006. Mereka enggan mengatakan mengapa dia ditahan di hotel berbanding sel polis.
Lloyd memiliki sejarah mengganggu solat, kata Mahsun, namun ini adalah tindakan paling melampau, lapor Jakarta Globe.
Sumber : Bharian.com.my
No comments:
Post a Comment