meruntuhkan kepercayaan majikanNYA: Amah Cik Freda dibawa ke hospital untuk dirawat selepas beliau cuba membunuh diri. - Foto TUKIMAN WARJI
|
SINGAPURA
Majikan terperanjat ketika pulang, pembantu rumah pula berlari ambil pisau cuba bunuh diri
MADU yang diberi, tuba pula yang dibalas. Itulah yang dialami Cik Freda Hassan, seorang deejay sambilan radio, berhubung seorang pembantu rumahnya baru-baru ini.Sepanjang setahun bekerja di flat keluarganya, Cik Freda sekeluarga memberi sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada pembantu rumah mereka itu.Tetapi, malangnya tanpa diduga, pembantu yang kini dilihat seperti musang berbulu ayam itu telah meruntuhkan kepercayaan mereka dengan membawa seorang lelaki, yang dipercayai adalah pekerja asing, masuk ke rumah keluarga Cik Freda ketika bapanya yang sudah uzur dan tidak berdaya, tidur di bilik.Kejadian itu berlaku pada 14 Disember lalu semasa Cik Freda keluar bertemu beberapa rakannya, dan keluarga abangnya pula yang menetap di rumah yang sama, sedang bercuti di luar negara.'Ketika itu hanya bapa saya yang tidak sihat berada di rumah, selain amah itu yang ditugaskan menjaganya.'Kebetulan pada malam tersebut, amah itu menghubungi saya minta kebenaran untuk masuk tidur awal.'Saya kata tiada masalah dan mengingatkannya supaya matikan suis elektrik dan gas sebelum tidur.'Tetapi, saya rasa hairan kerana beliau minta saya hubunginya dahulu sebelum pulang, padahal amalan tersebut belum pernah dilakukan kami sekeluarga kerana kami semua ada kunci rumah,' kata Cik Freda.Sekitar sejam kemudian, Cik Freda, yang berusia lewat 30-an tahun, tiba di pintu flatnya yang terletak di Tampines Street 72.Tetapi, semasa beliau hendak membuka pintu menggunakan kunci rumah, beliau dapati pintu flat itu dikunci dari dalam.'Saya pun hubungi amah saya. Tak lama kemudian, pintu rumah saya dibukanya, tetapi saya perasan beliau agak cemas sedikit.'Saya tak syak apa-apa, cuma apabila ke dapur saya perasan ada dua gelas air yang belum dicuci diletak dalam singki.'Kemudian, saya perasan pula lantai ruang utama flat itu agak basah dan saya tanya kenapa.'Jawabnya, bapa saya baru keluar tandas, tapi saya rasa tak sedap hati,' cerita Cik Freda.Beliau kemudian menuju ke bilik bapanya yang ketika itu gelap.'Selepas saya hidupkan lampu, saya perasan bapa saya sedang tidur, dan ketika itulah tiba-tiba saya tergerak hati untuk melihat belakang pintu bilik tersebut.'Jantung saya berdegup pantas kerana ketika itu saya terlihat seorang lelaki yang saya fikir mungkin warga asing sedang bersembunyi di belakang pintu itu!' jelasnya.MOHON MAAF DAN MERAYUMenurutnya lagi, amah dan lelaki itu kemudian mula meminta maaf dan merayu agar Cik Freda tidak menghubungi polis.Sedang Cik Freda bercakap dengan amahnya itu, dakwa beliau, lelaki itu membuka secara paksa jeriji tingkapnya sebelum melarikan diri.'Ini kerana sebelum itu saya telah mengunci pintu dan jeriji pintu, jadi dalam kelam-kabut, lelaki itu pecahkan jeriji aluminium tingkap saya untuk melarikan diri,' katanya.Sementara itu, menurut Cik Freda, amahnya meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau lalu mengacukannya ke arahnya sebelum mengacukannya ke pergelangan tangan kirinya sendiri.'Saya melangkah setapak ke belakang lalu menasihatkannya supaya tidak melakukan perkara bodoh.'Saya nasihatkannya agar meletakkan pisau dan fikirkan suami dan anaknya di Indonesia.'Tetapi, kemudian beliau berlari masuk ke bilik bapa saya lalu menguncinya dari dalam.'Mujur ketika itu bapa saya telah bangun dan berdiri menyaksikan semua kejadian itu,' kata Cik Freda lagi. Menurutnya, selain lemah, bapanya juga tidak dapat bertutur kerana penyakitnya.Pada masa itulah Cik Freda mengambil kesempatan untuk menghubungi polis. Tidak lama kemudian, pihak polis disertai Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) dan ambulans tiba di tempat kejadian.'Selepas dinasihatkan, amah saya itu mula membuka pintu dan ketika itu terdapat titisan darah di lantai bilik tersebut akibat kecederaan di pergelangan tangannya,' ujarnya. Amah itu kemudian diberkas polis.Cik Freda mendakwa sehari selepas itu beliau dan kakaknya menemui sebuah telefon bimbit milik amah itu yang disembunyikan di kerusi roda bapanya.Telefon tersebut mengandungi imej lelaki warga asing yang berada di dalam rumahnya itu. Selain itu, terdapat juga beberapa video lucah.Telefon bimbit itu telah beliau serahkan kepada pihak polis.Bukan itu sahaja yang ditemui Cik Freda. Beliau juga menemui perkakas ujian kehamilan yang disembunyikan di atas almari bapanya.Semasa dihubungi, pihak polis mengesahkan bahawa laporan telah dibuat mengenai kes tersebut.'Kami menerima panggilan sekitar 9 malam pada 14 Disember daripada seorang wanita yang meminta bantuan di tempat kejadian.'Setibanya kami di sana, seorang wanita dalam usia 20-an tahun telah diberkas atas tuduhan cuba membunuh diri.'Wanita itu telah dihantar ke Hospital Besar Changi untuk dirawat dan beliau sedang membantu dalam siasatan yang masih dijalankan,' kata jurucakap polis itu lagi.Menurut seorang jurucakap kedutaan Indonesia di sini, terdapat sekitar 86,000 pekerja pembantu rumah warga Indonesia di sini.Meskipun menyedari akan kes- kes pembantu rumah yang membawa pulang lelaki asing ke rumah majikan, kedutaan itu tidak dapat mendedahkan bilangan kes sedemikian.'Namun kes-kes begini jarang berlaku, atau sekiranya dilaporkan pada kedutaan, jumlahnya hanya segelintir,' katanya. |
No comments:
Post a Comment