Kosmo! Online - Negara: "
TEH tarik yang digemari ramai rakyat Malaysia memang sedap tetapi ada di antaranya mendatangkan kesan buruk kerana penggunaan bahan terlarang. - Gambar hiasan
KOTA BHARU - Teh sukat atau teh timbang menjadi pilihan ramai pengusaha gerai makanan dan minuman kerana harganya jauh lebih murah berbanding teh berjenama.
Seorang peniaga kedai runcit, Nizam Mohamad, 53, berkata, harga teh sukat itu bergantung kepada kualitinya dan serendah RM6 sekilogram.
'Jenis paling mahal ialah RM13 sekilogram. Teh timbang yang lebih murah kurang sedap, rupanya kurang cantik dan berdebu-debu,' katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya, teh timbang mendapat permintaan yang tinggi daripada kalangan pengusaha premis makanan kerana ia mempunyai rasa lebih sedap jika dibuat teh tarik berbanding teh uncang."
No comments:
Post a Comment