Monday, January 3, 2011

Amaran laut gelora

"KUANTAN: Jabatan Perikanan negeri sudah mengeluarkan amaran bahaya kepada nelayan berikutan keadaan laut bergelora serta hujan lebat sejak beberapa hari lalu yang melanda pesisir pantai negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohamad Mat Saman, berkata amaran itu dikeluarkan sejak 27 Disember lalu dan pihaknya sudah memasang bendera merah di semua jeti perikanan bagi memberi amaran mengenai keadaan laut yang bergelora.


Menurutnya, amaran itu bagi mengingatkan kepada semua nelayan, termasuk nelayan laut dalam dan pantai yang menggunakan bot kecil supaya tidak turun ke laut menangkap ikan.

“Bagaimanapun, terpulang kepada pengusaha bot besar jika mahu keluar menangkap ikan dan perlu menanggung risiko sendiri kerana keadaan laut bergelora serta angin kencang biasanya pada musim tengkujuh,” katanya."myMetro | Amaran laut gelora:

No comments:

Post a Comment