Mayat M Krishnan, mangsa yang mati ketika dalam tahanan polis pada 7 Januari, hari ini dituntut oleh keluarganya dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) selepas bedah siasat kedua dijalankan, semalam.
Mayatnya dituntut pada jam 10.50 pagi selepas lelaki berusia 37 tahun itu dijumpai mati di balai polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Keluarga dan rakannya mendakwa juruelektrik itu dibelasah ketika dalam tahanan.
Balunya, P Revathi, 33, agak tertekan dan pengsan beberapa kali apabila melihat mayat suaminya itu.
Beberapa ahli keluarga yang tidak mahu dikenali berkata keputusan bedah siasat kedua yang berakhir jam 3 petang semalam akan hanya dimaklumkan kepada mereka pada Isnin ini.
Bedah siasat itu dijalankan oleh ketua Unit Patologi, hospital berkenaan Dr K Mathiharen setelah polis dan pejabat peguam negara pada Rabu lalu membenarkan permohonan keluarga mangsa.
Laporan bedah siasat pertama yang dijalankan di HUKM menyatakan mangsa mati akibat ulser di perut.
Laporan bedah siasat pertama yang dijalankan di HUKM menyatakan mangsa mati akibat ulser di perut.
Namun, keluarga Krishnan mendakwa terdapat kesan lebam di seluruh badan mangsa dan terdapat luka di bahagian kanan abdomen dan bahagian kanan matanya
Setakat ini seorang saksi telah tampil mendakwa beliau menyaksikan kejadian di mana polis membelasah Krishnan dan rayuannya untuk rawatan perubatan juga tidak diendaahkan.
Mayat mangsa akan dibawa ke rumah keluarganya di Kepong dan upacara sembahyang akan dijalankan pada jam 10 pagi esok.
“Selepas sembahyang, kita akan bakar mayatnya di rumah bakar mayat di Cheras,” kata seorang makciknya.- malaysiakini
No comments:
Post a Comment