KALAU SUDAH MENJADI KEWAJIBAN: Dengan pakaiannya berlumuran darah, seorang penunjuk perasaan di Manama, ibu kota Bahrain, melaungkan azan apabila masuk waktu maghrib kelmarin. - Foto AP |
TRIPOLI: Satu badan hak asasi kemanusiaan, Human Rights Watch, menganggarkan 84 orang telah terkorban ekoran tunjuk perasaan antipemerintah selama tiga hari di Libya.Dalam satu kenyataannya, Human Rights Watch berkata angka itu adalah berdasarkan temuramah dengan kakitangan hospital dan saksi.'Pihak berkuasa harus menghentikan segera serangan ke atas penunjuk perasaaan yang aman dan sebaliknya melindungi mereka daripada diserang oleh kumpulan bersenjata pro-pemerintah,' kata badan itu.Satu lagi badan hak asasi kemanusiaan, Amnesty International, berkata mangsa rata-rata dilaporkan ditembak di kepala, dada atau leher.'Angka kematian yang meningkat secara mengejut ini dan jenis kecederaan yang dialami mangsa, jelas menunjukkan pasukan keselamatan dibenarkan untuk menggunakan keganasan ke atas para penunjuk perasaan tidak bersenjata yang mahukan perubahan politik,' kata Amnesty.Pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, kini berdepan dengan cabaran paling hebat ke atas pemerintahannya selama 42 tahun.Namun, para pengamat berkata perbezaaan ketara antara Libya dengan Mesir ialah Encik Gaddafi mempunyai rizab minyak yang banyak bagi menangani masalah sosial rakyat.Encik Gaddafi juga sangat dihormati oleh sebahagian besar rakyatnya.'Yang jelas, pemberontakan rakyat tidak akan berlaku. Saya tidak fikir Libya boleh disamakan dengan Mesir atau Tunisia. Gaddafi akan berjuang sehingga ke detik-detik terakhir,' kata seorang mantan anggota parti pembangkang, Encik Noman Benotman.Sementara itu di Bahrain, pihak tentera dilaporkan telah berundur sepenuhnya dari Dataran Mutiara semalam, sebagai usaha awal bagi menyahut syarat para pembangkang untuk memulakan dialog nasional.Bagaimanapun, penunjuk perasaan di situ mengatakan polis berundur kerana kehabisan gas pemedih mata dan peluru getah.'Polis berundur apabila mereka lihat beribu-ribu orang datang dari empat penjuru,' kata seorang penunjuk perasan, sedang ramai yang lain meraikan pengunduran tersebut.Polis kemudian melepaskan gas pemedih mata dan bertempur dengan para penunjuk perasaan bagi menyuraikan mereka yang masih berada di situ.Di Yaman, seorang penunjuk perasaan ditembak mati dan lima lagi cedera dalam pertempuran di depan para penyokong pemerintah berdekatan kampus Universiti Sanaa.Sejak seminggu lalu, para penunjuk perasaan telah cuba berarak ke istana Presiden Ali Abdullah Saleh tetapi diserang oleh penyokong pemerintah.Di Algeria pula, para penunjuk perasaan pro-demokrasi telah meneruskan rancangan mengadakan perarakan di ibu kota negara itu semalam.Namun, Perdana Menteri, Encik Ahmed Ouyahia, menyifatkan para penunjuk perasaan itu hanya golongan minoriti.'Algeria bukan Tunisia. Algeria bukan Mesir,' katanya. -- AP, AFP, Reuters.Cyberita Online Luar Negara
No comments:
Post a Comment