Friday, April 8, 2011

Bakal pengantin ingin berarak sejauh 4,000km

CANTON TOWNSHIP (Michigan): Satu pasangan dari Michigan merancang mengadakan perarakan perkahwinan yang panjang. Joseph Crist dan Laura Brunett berhasrat berarak sejauh 4,000 kilometer untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka di Las Vegas musim luruh ini.

Pasangan itu memberitahu stesen televisyen Detroit, WJBK bahawa mereka bercadang meninggalkan bandar Canton di daerah Wayne pertengahan bulan ini.
Mereka berharap sampai di Las Vegas September depan dan bercadang berkahwin di Tasik Mead. - Agensi

No comments:

Post a Comment