NEW YORK: Kesan parut di kepala Presiden Barack Obama menimbulkan pelbagai teori.
Sesetengahnya mengatakan ia disebabkan oleh garisan rambut atau gaya yang dilakukan pendandan rambut.
Namun, penulis blog di Amerika Syarikat percaya parut di kepala Obama itu mempunyai penjelasan tersendiri.
Terdapat dakwaan mengatakan garisan dari atas kepala hingga ke belakang telinga kanannya itu membuktikan beliau pernah menjalani pembedahan otak secara rahsia. Mereka menyarankan mungkin ia adalah prosedur rutin hingga kepada anggapan membabitkan makhluk asing. Mereka turut memuat turun imej kepala presiden AS itu di laman blog sebagai bukti. Pengkritik Ben Hart menulis dalam forum diskusi Konservatif di laman EscapeTyranny.com: “Adakah ia pembedahan otak? Adakah ia memberi kesan kepada cara pemikirannya? Adakah dia makhluk asing dari planet lain? Rumah Putih menafikan semua teori itu dengan mengatakan ia sebagai tidak munasabah. - DM

No comments:
Post a Comment