IPOH: Akibat terpedaya dengan cinta 'Romeo Bangladesh', seorang gadis tempatan kerugian RM5,000 (apabila ditipu kekasihnya yang terdesak menggunakan wang itu bagi melanjutkan tempoh visanya yang hampir tamat tempoh.
Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Syuhaida, 34 tahun, berkata beliau mula mengenali lelaki terbabit, yang juga rakan sekerjanya ketika sama-sama bertugas sebagai operator di sebuah kilang menjahit pakaian seragam di sebuah pusat perindustrian di Taiping, di sini.Lelaki terbabit kerap dipanggil rakan sebagai Shah Rukh Khan berikutan iras wajahnya yang hampir sama dengan pelakon Hindustan tersebut.Dia mula bekerja sebagai pembantu stor dan peramah serta sering membantu pekerja lain.'Mulanya saya tidak tertarik dengan lelaki warga asing itu kerana kerap mendengar cerita tidak manis tentang sikap lelaki asing. Namun, tidak dapat disangkal, lelaki itu mempunyai keistimewaan, selain matanya yang mudah melemahkan hati wanita jika ditenung.'Tambah membuatkan saya tertarik apabila dia cukup penyabar dan tidak pernah menunjukkan riak marah walaupun kerap ditengking majikan atau dibayar gaji lebih rendah berbanding pekerja warga tempatan,' katanya.'Wang dipinjamkan itu digunakan 'Shah Rukh Khan' kononnya untuk membantu persekolahan adiknya di Dhaka, Bangladesh, selain menanggung kos perubatan ayahnya yang kerap sakit,' kata Cik Syuhaida.Setelah menjalin hubungan selama setahun, masalah mula menimpanya pada 10 Mac lalu apabila lelaki itu memberitahu yang beliau ingin ke Kedutaan Bangladesh Kuala Lumpur bagi menguruskan visanya yang hampir tamat tempoh bersama seorang rakan senegaranya.'Namun, saya mula pelik apabila dia gagal dihubungi dan tidak pulang ke asrama kilang seminggu selepas itu sedangkan dia hanya mengambil cuti selama dua hari saja.'Sehingga kini saya tidak pasti apa yang berlaku. Namun, yakin dipermain-mainkan lelaki Bangladesh terbabit yang menghilangkan diri dan mungkin berpindah kerja ke tempat lain di Kuala Lumpur,' kata Cik Syuhaida. -- Harian Metro.
Cyberita Online Luar Negara
No comments:
Post a Comment