Wednesday, June 8, 2011

130 pesilat bakal bertarung siang, malam



KEJUARAAN Seni Silat Warisan Mahaguru 2011 yang bermula Sabtu ini bakal menguji ketahanan peserta untuk menghadapi lawan tanpa mengira waktu. - Gambar hiasan


IPOH - Mental dan fizikal ratusan jagoan silat pastinya teruji pada Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru 2011 kerana mereka bakal bertarung siang dan malam bermula Sabtu ini.
Pengarah kejuaraan, Jak Othman berkata, pusingan pertama kejuaraan dijangka berlangsung kira-kira empat jam bermula pukul 2 petang sementara pusingan akhir pula akan bermula pukul 8.30 malam di Universiti Teknologi Petronas di Tronoh dekat Ipoh.
Antara kategori yang diadakan sempena kejuaraan itu ialah kategori Bunga Silat yang menawarkan hadiah bernilai RM1,000, Tangan Kosong (RM2,000) dan Senjata Melayu RM3,000.
"Satu sesi taklimat bersama jurulatih dan pengurus pasukan akan diadakan sehari sebelum pertandingan bagi menentukan cabutan undi pertarungan pesilat-pesilat.
"Urus setia juga akan memberikan taklimat terperinci mengenai peraturan pertandingan pada sesi taklimat itu nanti," katanya semasa dihubungi semalam.
Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment