Thursday, June 23, 2011

Agong terima laporan Suruhanjaya



CHENG YUEN (kiri) menyerahkan laporan Suruhanjaya menyiasat kematian Beng Hock kepada Tuanku Mizan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Laporan penuh Suruhanjaya untuk menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock (gambar) setebal 124 muka surat telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pukul 10.30 pagi semalam.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang juga Hakim Mahkamah Persekutuan, laporan itu diserahkan dua hari lebih awal dari tarikh yang ditetapkan iaitu pada 24 Jun ini.

“Dengan itu, Tuanku berhak memutuskan sama ada hendak mendedahkan hasil siasatan atau tidak,” katanya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam.

Dalam masa sama, satu salinan laporan berkenaan juga telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambahnya, keputusan sebulat suara telah dicapai oleh ahli panel suruhanjaya dan laporan itu selesai pada 15 Jun lalu selepas mereka meneliti 19,200 muka surat bukti keterangan dan 256 barang kes.

Laporan itu juga dibuat selepas mengambil kira 750 muka surat hujahan Majlis Peguam Negara, pegawai pengendali prosiding termasuk cadangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta 1,000 muka surat dokumen autoriti.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment