KUALA LUMPUR – Bekas rakan perniagaan Ummi Hafilda Ali memfailkan permohonan bagi mengetepikan saman RM100 juta yang difailkan oleh Ummi Hafilda terhadapnya.
Hakim Datuk V.T.Singham menetapkan 12 Sept ini untuk mendengar permohonan itu yang difailkan peguam Yusmadi Mohd Yusoff yang mewakili Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda.
Terdahulu Yusmadi memberitahu mahkamah bahawa beliau baru dilantik menjadi peguam cara kepada Nor Azman kerana baru menerima writ saman.
Katanya beliau telah memfailkan permohonan bagi mendapat kebenaran untuk memasukkan memorandum kehadiran bersyarat.
Pada 25 April lepas, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah terhadap pengendali laman berita Malaysiakini, Mkini Dotcom, dan Nor Azman yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut. - Bernama, kosmo
No comments:
Post a Comment