Friday, August 19, 2011

Cameron pertahan hukuman berat penghasut rusuhan

LONDON: Perdana Menteri David Cameron menyokong hukuman yang berat dijatuhkan ke atas perusuh, apabila ada yang menyuarakan kebimbangan apabila dua lelaki dijatuhkan hukuman empat tahun penjara kerana cuba mengatur kekacauan di laman Facebook.
Hukuman yang dijatuhkan kepada Jordan Blackshaw, 20 dari Cheshire dan Perry Sutcliffe-Keenan, 22, dari Warington, adalah hukuman yang paling berat sejak keganasan selama empat malam berturut-turut melanda England, minggu lepas.
Kata pendakwaraya, hasutan di internet ketika rusuhan 9 Ogos menyebabkan “panik dan perubahan yang mendadak,” walaupun tiada yang memberi respons kerana ia serentak dengan keganasan yang berlaku di Manchester.

Menurut kumpulan penyokong dan peguam bela, hukuman itu terlalu berat berbanding dengan kesalahan mereka. -AFP, hmetro

No comments:

Post a Comment