PETALING JAYA 24 Ogos – Polis daerah ini berjaya mengesan dua sindiket pemberi pinjaman wang yang beroperasi secara haram atau ah long yang turut aktif menampal pelbagai jenis iklan di bandar raya ini.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah, Deputi Supritendan Mazelan Paijan berkata, kedua-dua sindiket itu dikesan selepas polis menyiasat 77 nombor telefon yang tertera pada iklan itu.
Menurut beliau, nombor-nombor telefon itu dikenal pasti oleh polis ketika menjalankan operasi menurunkan iklan-iklan haram di bandar raya ini sejak awal tahun ini.
“Hasilnya, dua sindiket ah long yang beroperasi di Pandan Indah, Ampang Jaya dan Klang telah dikesan sebagai pihak yang bertanggungjawab melekat iklan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjalankan operasi menurunkan iklan haram ah long yang diadakan secara bersepadu bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sekitar Sungai Way di sini hari ini.
Mazelan menambah, ketika ini, pihak polis masih melakukan siasatan terperinci tentang aktiviti pinjaman wang yang dijalankan dua sindiket itu.
“Kita akan menjejaki sindiket itu sehingga dapat menangkap ketua mereka atau pihak yang bertanggungjawab menyalurkan wang,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Mazelan berkata, operasi menurunkan iklan haram ah long adalah operasi mingguan yang dijalankan polis mengikut kawasan.
Menurutnya, penduduk sekitar Petaling Jaya juga dialu-alukan untuk membantu menanggalkan iklan haram tersebut jika menemuinya sebagai usaha mewujudkan bandar raya selamat dan bersih.-utusan

No comments:
Post a Comment