Thursday, September 1, 2011

Amerika bidas M'sia kerana usir pelarian Uighur


Dua wakil rakyat Amerika Syarikat hari ini membidas Malaysia kerana mengusir 11 etnik Uighur kembali ke negara China dan menggesa Beijing untuk mendedahkan tempat kumpulan itu kini berada.

Wakil Republikan Chris Smith dan Senator Demokratik Sherrod Brown, yang mempengerusikan bersama Suruhanjaya Kongres Eksekutif mengenai China yang mengkaji dasar Beijing, juga menggesa Malaysia agar tidak mengusir lima lagi pencari suaka politik Uighur yang masih dalam tahanan negara ini.

NONE"Secara tragik, lelaki Uighur yang dihantar pulang itu menghadapi ancaman sebenar penderaan, ditahan dan dizalimi di China," kata Brown dalam satu kenyataan.

"Kerajaan China telah lama melancarkan kempen penindasan di Xinjiang yang melanggar undang-undang antarabangsa dan ternyata mempunyai jiran-jiran yang membantu mereka melasanakan dasar-dasar yang menindas itu," katanya.

Smith sehubungan itu, menggesa China untuk "menghormati pencari suaka dan mengiktiraf status pelarian" oleh Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan "memastikan hak-hak asasi dan kebebasan untuk semua rakyat."

Minoriti Islam di China

Uighur adalah bangsa minoriti berbahasa Turki dan sebahagian besar mereka beragama Islam. Mereka mendiami kawasan barat laut Xinjiang China.

NONEKebanyakan mereka mendakwa ditindas dari segi agama dan politik oleh China. Menurut mereka, kerajaan China juga kini menggalakkan penghijrahan besar-besaran oleh majoriti Han China supaya budaya Uighur dilenyapkan. China mendakwa kerajaan telah berusaha memperbaiki keadaan kehidupan di kawasan terpencil itu.

Sebelum ini, seorang pegawai polis Malaysia mempertahankan keputusan pengusiran yang dibuat pada 18 Ogos lalu dengan mendakwa kumpulan etnik Uighur itu dihalau kerana terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia.

Kemboja dan Pakistan juga baru-baru ini telah mengusir pencari suaka Uighur, manakala pihak berkuasa Thai pada bulan Ogos lalu telah menyerahkan seorang lelaki Uighur kepada pihak berkuasa Cina di Bangkok, dakwa beberapa aktivis yang dalam buangan.

No comments:

Post a Comment