QUETTA (Pakistan): Seramai lima orang terkorban manakala lebih 10 orang cedera apabila sebutir bom yang dipasang di sebuah kereta meletup dekat kawasan penduduk Islam Syiah di sini, Rabu.
Bom tersebut meletup di sebuah kawasan parkir selepas solat sunat Aidilfitri, beritahu seorang anggota kanan polis, Mohammad Hashim kepada pemberita.
"Sekurang-kurangnya lima orang meninggal dunia dan 10 yang lain cedera," kata Hashim.
"Bom tersebut dipasang di sebuah kereta dan kereta tersebut diletakkan di sini oleh seorang lelaki yang tidak dikenali yang kemudiannya menghilangkan diri."
Hashim berkata tiada pengakuan dibuat oleh mana-mana pihak dan polis tidak dapat membuat spekulasi di sebalik pengeboman tersebut.
Beberapa saksi memberitahu terdapat beberapa buah kereta yang diletakkan berhampiran kereta tersebut terbakat dan sebuah rumah berdekatan musnah akibat kesan letupan.
Rakaman siaran langsung yang disiarkan stesen televisyen menunjukkan terdapat asap tebal berwarna hitam dengan orang ramai lari menyelamatkan diri di jalan raya dan beberapa orang kelihatan memindahkan kenderaan mereka untuk diselamatkan. -AFP, mstar
No comments:
Post a Comment