Saturday, October 15, 2011

Bob Lokman bukan ceramah, hanya kongsi pengalaman'

SH:
'

KLANG - "Buat apa Bob Lokman jumpa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), sedangkan dia tidak pernah memberi ceramah," demikian tegas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman.

Menurutnya, Bob Lokman atau nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, hanya menceritakan tentang pengalaman yang pernah dilaluinya kepada umum untuk dijadikan pengajaran.

"Dia hanya mahu menceritakan bahawa apa yang pernah dilakukannya dahulu dan dia sudah berubah dengan kembali ke jalan yang sepatutnya.

"Bagi saya tidak timbul isu Bob Lokman kena bekerjasama dengan Jais dengan tampil memberi keterangan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis makan malam bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Hokkien, di sini.

Abdul Rani berkata, Jais seharusnya memberi nasihat dan kaunseling kepada pelakon dan penulis lirik berkenaan sebelum ini (ketika dalam dunia artis), bukannya selepas berubah.

"Tidak perlu tertumpu pada Bob Lokman semata-mata, banyak lagi tugas yang harus dipikul, tambahan lagi sekarang banyak masalah sosial yang melibatkan masyarakat Islam seperti buang anak, minum arak dan sebagainya yang perlu diberi perhatian," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru tidak menolak kemungkinan, ada pihak cuba memanaskan isu berkenaan, hanya untuk melaga-lagakan pemimpin Pas dengan Jais.

Sebelum ini, Jais mengesahkan membuat tangkapan terhadap selebriti, Bob Lokman kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat.

Tangkapan itu dibuat berdasarkan maklumat awam mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment