SH:
KEPIS – Sebuah rumah hangus dijilat api dalam satu kebakaran yang berlaku di Kampung Kepis Baru Air Rambutan, baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku kira-kira 3.10 petang menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM15,000.
Mangsa, Tiawi Uthus, 72, berkata, ketika kejadian dia bersama anak perempuannya tiada di rumah.
Menurutnya, semua barang di dalam rumah tidak dapat diselamatkan dan api marak dengan cepat sekali gus memusnahkan rumahnya.
“Hanya mengambil masa 15 minit, rumah yang dibina sendiri itu hanya tinggal abu sahaja,” katanya.
Tiawi berkata, pihak Bomba dan Penyelamat berjaya mengawal api dalam tempoh setengah jam.
“Memandangkan jalan memasuki kampung ini sempit, selain dahan pokok menutupi jalan mengakibatkan pihak bomba terpaksa meninggalkan kenderaan mereka 20 meter dari tempat kejadian.
“Ditambah pula, dengan tekanan air rendah, pihak bomba terpaksa mengambil air di sungai berhampiran. Walau bagaimanapun, saya bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Adun Johol, Datuk Abd Samad Ibrahim bersama Pegawai Daerah Kuala Pilah, Ibrahim Hassan mengunjungi mangsa dan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga malang itu.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment