Berita Harian Online | Sebat, penjara jika bercerai:Kelantan sedia kaji hukuman berat
KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan menimbang supaya dikenakan hukuman lebih berat seperti sebat atau penjara terhadap pasangan negeri ini yang bercerai tanpa sebab munasabah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata walaupun jumlah pasangan bercerai di negeri itu berada pada peratusan yang rendah, namun hukuman berat boleh dipertimbangkan.
Cadangan supaya dikenakan hukuman berat kepada pasangan bercerai, kerajaan negeri boleh pertimbangkan katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tawang, Hassan Mohamood pada sidang Dewan Undangan Negeri, di Kota Darulnaim, di sini, semalam.
Beliau menjawab cadangan Hassan supaya dikenakan hukuman lebih berat seperti sebat atau penjara terhadap pasangan di negeri ini yang bercerai tanpa mempunyai jawapan munasabah untuk berbuat demikian.
Wan Ubaidah berkata, sepanjang tempoh lima tahun antara 2005 hingga 2010, purata perceraian di negeri itu ialah 14.67 peratus.
Katanya, mengikut perangkaan peratus perceraian di Kelantan tidak tinggi, malah sentiasa stabil dengan 13.5 peratus pada 2005 dan meningkat 14.4 peratus setahun kemudian, namun menurun 13 peratus (2007).
Bagaimanapun pada 2008, peratusan perceraian meningkat dengan mencatat 15.3 peratus dan setahun kemudian naik sehingga 16 peratus sebelum turun 15.8 peratus tahun lalu.
Pada 2008, kadar perceraian negeri ini berada pada tangga keempat bagi peringkat kebangsaan.
Pelbagai usaha dilakukan bagi mengatasi perceraian antaranya membabitkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Pusat Pembangunan Keluarga yang akan memberikan khidmat nasihat dalam usaha membaiki hubungan pasangan terbabit, katanya.
Beliau menasihatkan perempuan negeri ini yang hendak melangsungkan perkahwinan supaya mendapatkan nasihat dari pihak tertentu serta restu keluarga, bukan ambil di tengah jalan, katanya.
'via Blog this'
KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan menimbang supaya dikenakan hukuman lebih berat seperti sebat atau penjara terhadap pasangan negeri ini yang bercerai tanpa sebab munasabah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata walaupun jumlah pasangan bercerai di negeri itu berada pada peratusan yang rendah, namun hukuman berat boleh dipertimbangkan.
Wan Ubaidah berkata, sepanjang tempoh lima tahun antara 2005 hingga 2010, purata perceraian di negeri itu ialah 14.67 peratus.
Katanya, mengikut perangkaan peratus perceraian di Kelantan tidak tinggi, malah sentiasa stabil dengan 13.5 peratus pada 2005 dan meningkat 14.4 peratus setahun kemudian, namun menurun 13 peratus (2007).
Bagaimanapun pada 2008, peratusan perceraian meningkat dengan mencatat 15.3 peratus dan setahun kemudian naik sehingga 16 peratus sebelum turun 15.8 peratus tahun lalu.
Pada 2008, kadar perceraian negeri ini berada pada tangga keempat bagi peringkat kebangsaan.
Pelbagai usaha dilakukan bagi mengatasi perceraian antaranya membabitkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Pusat Pembangunan Keluarga yang akan memberikan khidmat nasihat dalam usaha membaiki hubungan pasangan terbabit, katanya.
Beliau menasihatkan perempuan negeri ini yang hendak melangsungkan perkahwinan supaya mendapatkan nasihat dari pihak tertentu serta restu keluarga, bukan ambil di tengah jalan, katanya.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment