BANGKOK 23 Nov. - Mahkamah Thailand hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun ke atas seorang lelaki kerana menghantar mesej berunsur penghinaan terhadap raja negara ini.
Menurut mahkamah jenayah Bangkok, Ampon Tangnoppakul, 61, didapati bersalah kerana menghantar mesej-mesej sedemikian kepada setiausaha peribadi bekas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva pada Mei 2010.
"Mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun," kata peguamnya, Anon Nampa sambil menambah anak guamnya mempunyai tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.
Ampon ditahan pada Ogos 2010 dan mengaku tidak bersalah ketika perbicaraan.
Pusat Biro Penyiasatan Thailand berkata, mesej yang dihantar berunsur penghinaan terhadap raja dan menimbulkan kemarahan penerima tanpa mendedahkan isi kandungannya.
Isu berhubung keluarga diraja dianggap perkara sulit dan sensitif di Thailand.
Di bawah undang-undang negara ini, sesiapa yang didapati menghina Raja Thailand Bhumibol Adulyadej, (gambar) permaisuri atau keluarga diraja bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap kesalahan. - AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment