Thursday, November 10, 2011

Bob Lokman beri keterangan


KUALA LUMPUR: Penulis lirik serta pelawak, Muhammad Hakim Lokman atau Bob Lokman, 47, akhirnya tampil memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini, semalam.
Bob Lokman yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Hulu Langat, Oktober lalu, dikenakan perintah waran tangkap selepas gagal hadir memberi keterangan kepada JAIS.
Susulan keterangan itu, Bob yang tampil seorang diri di pejabat JAIS dijangka dihadapkan ke mahkamah berhubung kes berkenaan, Februari 2012.

Sumber JAIS ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu.


“Bob sudah tampil pagi tadi (semalam) untuk diambil keterangan,” katanya.

Pada 10 Oktober lalu, pelakon dan pengacara ini ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di Sungai Lui, Hulu Langat.

Difahamkan, Bob tidak memiliki tauliah dan tidak pernah memohon daripada Jais untuk memberikan ceramah kepada umum.

No comments:

Post a Comment