Oleh : Wartawan Sinar Harian
ALOR LIMBAT – “Saya buntu, sudah lebih 40 pengamal perubatan moden dan tradisional kami temui namun semuanya hampa dan penyakit misteri ditanggung anak saya tidak juga mahu sembuh,” kata Daud Ali, 65, dari Padang Kabar di sini.
Daud merupakan ayah kepada seorang pemuda malang, Fahdilah, 28, yang menderita selepas menghidap penyakit misteri sejak 18 bulan lalu. Ia dikatakan penyakit misteri kerana sehingga hari ini tiada pihak yang dapat mengesahkan jenis penyakitnya itu.
Daud berkata, anaknya itu tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan berat malah, jika duduk terlalu lamapun ia akan memberikan kesan apatah lagi untuk berdiri dan berjalan.
“Kini dia hanya mampu terlantar, sedih apabila melihat keadaannya begitu kerana dia masih muda. Sepatutnya pada usia ini dia gigih mencari rezeki untuk menyara keluarga tetapi dia hanya mampu berbaring dan tidak berdaya,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, anaknya, Fahdilah, 28, ketika ditemui di rumah ayahnya itu berkata, dia hanya mampu terlantar dan menahan sakit jika duduk serta berdiri terlalu.
Fahdilah yang dahulunya bekerja sebagai seorang pemandu dan mempunyai seorang anak adakalanya menitiskan air mata bukan kerana tidak tahan menanggung kesakitan tetapi penderitaan yang dialami.
Bagaimanapun dia pasrah dan redha dengan ujian ALLAH SWT ini.
Malah, penyakit yang dideritai juga menyebabkan dia tidak mampu menguruskan keluarga dengan baik dan hanya bergantung sepenuhnya bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan bagi menampung perbelanjaan harian.
Menurut Fahdilah, sebenarnya penyakit itu sudah bertahun ditanggung tetapi ia semakin teruk sehinggalah 12 Februari tahun lalu dia tdiak lagi mempunyai tenaga untuk melakukan kerja.
“Pada mulanya saya mengalami masalah payah untuk bernafas. Tidak lama selepas itu, keadaan lebih parah dengan sakit sendi dan terus terketar-ketar seluruh badan sehingga kini,” katanya yang hanya mampu berbaring sewaktu menerima kunjungan Sinar Harian.
Menurutnya, berikutan penderitaan yang ditanggung, tanggungjawab menjaga keluarga itu terletak di atas bahu ayah dan isterinya, Norhaslida Mohd, 26, yang juga penerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan.
“Isteri saya juga penerima bantuan bulanan JKM, jadi dengan RM600 iaitu bantuan bulanan saya dan bantuan untuk isteri itulah digunakan bagi menampung kos pe-rubatan selain kos perbelanjaan anak berusia dua tahun,” katanya.
Sementara itu, isterinya, Norhaslida merayu sesiapa sahajayang boleh membantu merawat suaminya ada menghubunginya menerusi talian 019 916 9692 atau 019 923 9388. Buntu anak hidap sakit misteri - Terengganu - Sinar Harian:
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment