Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
BANDAR SERI JEMPOL - Biarpun terpaksa menghantar dua daripada tiga anaknya ke sebuah asrama anak yatim di sekitar negeri ini, namun seorang ibu tunggal tidak berputus asa untuk menambah pendapatan dengan menjalankan perniagaan sampingan.
Penerokawati, Hamidah Mohd Ariff, 45, berkata, biarpun perit, namun dia harus meneruskan kehidupan bagi membesarkan anak-anak.
Menurutnya, hampir 11 tahun dia bekerja sebagai juruwang di sebuah stesen minyak, dekat sini sejak arwah suaminya masih hidup lagi.
“Jadual kerja makcik tidak menentu, jadi agak sukar untuk menghantar dan menjemput anak pulang dari sekolah.
“Anak-anak pun bersetuju untuk dimasukkan ke asrama anak yatim pada tahun hadapan dan akan bersekolah di sekolah berdekatan asrama berkenaan,” katanya.
Hamidah berkata, bagi menambah pendapatan, dia juga turut mengambil upah dengan membuat kuih raya pada setiap tahun.
“Mujurlah makcik ada sedikit kemahiran membuat kuih yang dipelajari di Kuala Pilah pada 2007.
“Makcik hanya membuat tempahan sekiranya ada permintaan dan setakat ini ia berjalan lancar,” katanya.
Difahamkan, arwah suami Hamidah, Abd Aziz Hashim, 60, maut setelah kereta jenis Proton Iswara yang dipandunya terbabas sebelum terbakar dalam sebuah kebun sawit di tanah rancangan Felda Raja Alias 1, dekat sini pada 22 Oktober tahun lalu.
Dalam kejadian itu, mayat peneroka itu ditemui dalam keadaan rentung setelah dipercayai gagal keluar dari kenderaannya.
Abd Aziz meninggalkan tiga anak perempuan iaitu Noor Azira, 21, Noor Azatul Azwa, 16, dan Nor Ajahidatul Azwin, 13. Perit besarkan anak sendirian - Melaka & NS - Sinar Harian:
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment