KUALA LUMPUR 20 Nov. - Beberapa bulan lalu seorang suri rumah, Choo Siew Wah, 56, cuba membunuh diri dengan terjun dari bangunan kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan di sini, namun wanita itu terselamat apabila sempat dihalang daripada meneruskan niat tersebut.
Setelah kisah percubaan mangsa membunuh diri dilupakan, hari ini, penghuni perumahan tersebut gempar apabila menemui mayat wanita itu berlumuran darah di tingkat bawah bangunan setinggi 17 tingkat itu.
Seorang penduduk yang enggan dikenali memberitahu, keadaan di kawasan perumahan itu kecoh sebaik sahaja mangsa ditemui mati pukul 12.30 tengah hari.
Difahamkan, suri rumah terbabit nekad terjun dari koridor rumahnya di tingkat sembilan akibat mengalami tekanan perasaan gara-gara gagal membayar hutang judi sebanyak RM3,000 kepada rakan-rakan.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment