Oleh Shannon Teoh
December 27, 2011
SHAH ALAM, 27 Dis — Kabinet belum memutuskan sama ada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil harus meninggalkan kabinet berikutan skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) yang bernilai RM250 juta, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin hanya menggelengkan kepala dan berkata, “Tidak, tidak,” bila ditanya sama ada kabinet sudah memutuskan Menteri pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat itu harus kekal dikabinet atau tidak.
Ketua Wanita Umno (gambar) itu menghadapi desakan supaya meninggalkan kerajaan dan meletak jawatan termasuk desakan daripada mantan Perdanan Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas dikaitkan dengan penggunaan dana kerajaan untuk membeli tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek NFC berkenaan yang dianggarkan bernilai RM27 juta.
Pengerusi NFC, yang juga merupakan suami kepada Shahrizat Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail turut menafikan dakwaan seorang ahli perniagaan, yang ditahan atas kesalahan cubaan merasuah sejumlah RM1.7 juta kepada pegawai penyiasat jabatan siasatan jenayah komersial, mempunyai kaitan dengan dirinya.
Jumaat lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu pejabat NFC di Solaris Mont Kiara atas dakwaan penyelewengan wang oleh pentadbirannya.
Isu berkaitan skandal NFC ini menarik minat Pakatan Rakyat terutamanya PKR, dan parti berkenaan kerap membuat pendedahan berterusan terhadap penyelewengan yang berlaku.
No comments:
Post a Comment