Monday, December 19, 2011

Agenda cemarkan imej Islam

NILAI: “Saya percaya tindakan bekas pelajar perubatan tajaan Petronas itu memakai baju Melayu lengkap dengan samping dan tengkolok ada kaitan dengan pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini,” kata Pengerusi Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju, mengulas mengenai penyebaran gambar seorang lelaki Melayu yang berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland yang disiarkan dalam sebuah laman web gay.
Menurutnya, tindakan lelaki itu dipercayai didalangi pihak tertentu yang mungkin mempunyai agenda untuk memburukkan imej Melayu dan agama Islam.

“Perkahwinannya dengan pasangan sejenis adalah isu, namun timbul persoalan mengapa dia memakai pakaian itu sedangkan perbuatannya jelas menunjukkan dia tiada jati diri Melayu dan Islam.
“Jika hendak mengikut cara hidup orang Barat, pakailah pakaian mereka, mengapa perlu berpakaian tradisional kebanggaan budaya orang Melayu yang sering dikaitkan dengan Islam itu,” katanya selepas merasmikan Kejuaraan Silambam Dunia 2011 di Stadium Tertutup Nilai di sini, semalam.

Omardin berkata, beliau percaya lelaki berusia 28 tahun itu dipengaruhi pihak tertentu yang memintanya memakai pakaian itu demi agenda untuk memburukkan imej Melayu dan agama Islam.

“Mereka tahu orang Melayu Islam sangat sensitif dengan perkara ini dan memburukkan lagi keadaan mereka pakaikan dia dengan pakaian kebanggaan kita,” katanya. sambil mendakwa ia mungkin ada kaitan dengan gerakan memperjuangkan kebebasan seksualiti.
Isu perkahwinan lelaki itu yang sebelum ini dilaporkan hilang di Ireland oleh ibu bapanya, heboh diperkatakan di laman sosial dan blog selepas gambar perkahwinannya disiarkan dalam sebuah laman web gay.

Dalam pada itu, Omardin yang juga Pengasas dan Penasihat Seumur Hidup Majlis Seni Pertahanan Diri Malaysia, turut menganugerahkan gelaran mahaguru kepada seorang guru Silambam, M Muniandy, yang sudah lama terbabit dalam mengembangkan seni mempertahankan diri berkenaan.
myMetro | Agenda cemarkan imej Islam:

No comments:

Post a Comment