Sunday, January 1, 2012

Dakwaan seleweng wang zakat tidak benar





SEPANG - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) menegaskan laporan mendakwa beliau terbabit dalam penyelewengan wang zakat adalah tidak benar.

Beliau berkata, wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.

"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baharu, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit itu," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment