Tarikh : January 2, 2012
SLIM RIVER - Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Safwan Anang mendakwa beliau ditumbuk dan ditendang ketika polis meleraikan perhimpunan mereka yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) awal pagi semalam.
Safwan yang mengalami kecederaan di bahagian muka dan mulut berkata, ketika kejadian, beliau hanya ingin membantu rakannya yang ditahan pihak polis.
Katanya, tiada provokasi dilakukan oleh mahasiswa seperti yang didakwa menjadi punca kekecohan.
"Ya! saya ditumbuk di muka dan ditendang oleh polis menggunakan lutut di tulang rusuk saya. Sekarang saya masih susah untuk bernafas," katanya pada sidang media di pekarangan Hospital Slim River di sini hari ini.
Sementara itu, peguam Safwan, Mohd Khairudin Othman pula berkata, beliau sedang mengumpulkan bukti dari semua sumber sebelum mengambil tindakan susulan.
Selain itu, katanya, pihak polis seperti prejudis kerana mengeluarkan kenyataan sebelum siasatan dilakukan.
"Saya juga ragu-ragu dengan pihak hospital yang membenarkan Safwan keluar pada hari ini sedangkan dia belum betul-betul sembuh.
"Jadi kami akan membawa Safwan membuat rawatan susulan. Cuma, di mana dia akan di bawa, belum lagi ditentukan," katanya.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment