16 Mac 2012
KOTA BHARU - Seorang warga emas meminta bantuan orang ramai untuk mencari anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak 12 tahun lepas dan kini dipercayai menetap di Putrajaya.
Naimah Loman, 69, dari Kampung Parit, Peringat, di sini berkata pelbagai usaha telah dibuat untuk mencari anaknya Sarina @ Maizun Hassan yang kini berusia 42 tahun namun tidak berhasil.
Beliau berkata Sarina, anak ketiga daripada lima beradik, tidak pulang ketika ayah tirinya, Mat Sari Daud, meninggal dunia kira-kira dua tahun lepas.
"Sarina melarikan diri dari rumah kerana berselisih faham dengan adik-beradik dan kami fikir ia hanya untuk sementara, namun tidak menyangka dia tidak pulang ke rumah sehingga kini.
"Kali terakhir saya bercakap dengannya ialah melalui panggilan telefon tahun lalu ketika dia menelefon ke rumah dan berada di Putrajaya," katanya.
Bagaimanapun, Sarina enggan memberi nombor telefon bimbit peribadinya, kata Naimah.
"Harapan saya hanya satu iaitu untuk berjumpa dengan Sarina kerana sudah terlalu lama dia menghilangkan diri," kata wanita itu sambil menjelaskan empat lagi anaknya telah berumahtangga dan mempunyai keluarga masing-masing.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Sarina boleh menghubungi Naimah di talian 013-9104585. - Bernama

'via Blog this'
No comments:
Post a Comment