Sunday, April 8, 2012

Kos mansuh PTPTN RM43 bilion



NAJID dan Muhyiddin disambut oleh orang ramai pada program Jelajah Janji Ditepati di Batu Pahat semalam.


BATU PAHAT - Kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion bagi menanggung sepenuhnya kos pengajian tinggi jika pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) dimansuhkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan.
"Hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya dan salah satunya adalah Norway.
"Namun kesannya, Norway mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya," kata beliau ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Stadium Batu Pahat di sini semalam.
Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas desakan daripada parti pembangkang yang bercadang memansuhkan PTPTN jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi berikutan keputusan untuk menghapuskan PTPTN.
Najib berkata, pada ketika ini pun kerajaan menanggung kira-kira 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat, dengan PTPTN hanya digunakan untuk membayar yuran pengajian pelajar.

No comments:

Post a Comment