Berita Harian Online | Nizar bohong:
Dakwa PM minta tentera buat sesuatu jika BN kalah PRU-13
KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menafikan dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Saya selaku Panglima Angkatan Tentera mewakili semua panglima Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu. Segala dakwaan dan kenyataan Mohammad Nizar adalah tidak benar dan satu pembohongan.
“Sehubungan itu, saya sudah mengarahkan satu laporan polis dibuat berhubung perkara ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tuduhan itu,” katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini semalam.
Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin; Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.
Sementara itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi semalam mengakui beliau tidak mempunyai bukti ada pertemuan antara Datuk Seri Najib Razak dengan pegawai tertinggi ATM untuk membincangkan isu politik, sebaliknya hanya mendengar khabar angin.
“Itu perkhabaran yang kita terima. Wallahualam, kita pun tidak tahu... jadi saya minta pihak berkaitan melakukan siasatan terhadap khabar ini. Sama ada mereka (Perdana Menteri dan Panglima dalam ATM) nak nafikan atau terima (khabar)... itu terserah,” katanya.
Mohammad Nizar dalam ceramahnya di Taman Desa Pakatan, Pengkalan, dekat Ipoh pada malam Isnin lalu mendakwa Najib mengadakan pertemuan dengan semua panglima ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika BN kalah pada PRU-13 nanti.
Ceramah Mohamad Nizar yang turut dimuat naik dalam laman Youtube mendakwa semua panglima yang ditemui, enggan menuruti permintaan itu dengan mengatakan mereka akan mematuhi keputusan rakyat.
Zulkifeli juga berkata, seluruh warga ATM amat kecewa dengan tuduhan tidak berasas yang bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Perdana Menteri serta ATM.
“Kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.
Kebelakangan ini, wujud banyak pihak tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang sentiasa berusaha meracuni pemikiran rakyat bertujuan menghakis keyakinan terhadap ATM dan kerajaan dalam usaha melindungi kepentingan politik mereka,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan tohmahan pihak berkaitan kerana ATM sentiasa mendukung Perlembagaan dan bersikap profesional.
Dakwa PM minta tentera buat sesuatu jika BN kalah PRU-13
KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menafikan dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin; Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.
Sementara itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi semalam mengakui beliau tidak mempunyai bukti ada pertemuan antara Datuk Seri Najib Razak dengan pegawai tertinggi ATM untuk membincangkan isu politik, sebaliknya hanya mendengar khabar angin.
“Itu perkhabaran yang kita terima. Wallahualam, kita pun tidak tahu... jadi saya minta pihak berkaitan melakukan siasatan terhadap khabar ini. Sama ada mereka (Perdana Menteri dan Panglima dalam ATM) nak nafikan atau terima (khabar)... itu terserah,” katanya.
Mohammad Nizar dalam ceramahnya di Taman Desa Pakatan, Pengkalan, dekat Ipoh pada malam Isnin lalu mendakwa Najib mengadakan pertemuan dengan semua panglima ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika BN kalah pada PRU-13 nanti.
Ceramah Mohamad Nizar yang turut dimuat naik dalam laman Youtube mendakwa semua panglima yang ditemui, enggan menuruti permintaan itu dengan mengatakan mereka akan mematuhi keputusan rakyat.
Zulkifeli juga berkata, seluruh warga ATM amat kecewa dengan tuduhan tidak berasas yang bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Perdana Menteri serta ATM.
“Kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.
Kebelakangan ini, wujud banyak pihak tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang sentiasa berusaha meracuni pemikiran rakyat bertujuan menghakis keyakinan terhadap ATM dan kerajaan dalam usaha melindungi kepentingan politik mereka,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan tohmahan pihak berkaitan kerana ATM sentiasa mendukung Perlembagaan dan bersikap profesional.
No comments:
Post a Comment