DUNGUN – Tarikh akhir siap Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) fasa dua yang dijangka siap pada tahun 2014 mungkin dipinda lagi ekoran dua pakej dalam pembinaan lebuh raya itu masih belum ditender semula.
Selepas diumumkan pembinaannya pada tahun 2005, projek sepanjang 182.6 kilometer menghubungkan Jabor, Pahang hingga Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu dikatakan akan siap pada tahun 2007.
Namun oleh kerana beberapa masalah timbul ia diubah beberapa kali dan terbaru, tarikh akhir dijangka siap pada tahun 2014.
Dua pakej yang masih belum ditender semula itu membabitkan pakej empat melibatkan laluan sepanjang 7.3 kilometer menghubungkan Stesen Mardi di Kampung Pasir Gajah ke Ibok, Kemaman.
Turut mengalami nasib sama ialah pakej tujuh sepanjang 13.5 kilometer yang menghubungkan Paka ke Air Jernih, Kemaman selepas kedua-dua kontrak asal pakej itu ditamatkan ekoran beberapa masalah yang timbul.
No comments:
Post a Comment