Berita Harian Online | AS, Jepun beri tekanan baru terhadap Korea Utara:
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Jepun hari ini memberi amaran kepada Korea Utara terhadap ujian nuklear terbarunya dengan Presiden Barack Obama berikrar tidak akan bertolak ansur dengan negara komunis itu.
Obama mengalu-alukan lawatan pertama Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda ke Rumah Putih selepas tiga tahun, kedua-dua pemimpin cuba mewujudkan perhubungan yang erat bagi membuktikan hubungan dua negara sekutu itu kembali terjalin.
Noda dan Obama mempunyai matlamat sama dalam usaha mengenakan tekanan terhadap Korea Utara yang mengancam untuk bertindak balas dan menyerang Korea Selatan kerana rasa tidak puas hati terhadap kedegilan Pyongyang melancarkan roket tetapi akhirnya gagal pada 13 April lalu. - AFP
No comments:
Post a Comment