Wednesday, May 2, 2012

Watie, Azza bersanding serentak

Kosmo! Online - Negara:



TENGKU KamaruLzaman menepung tawar pasangan mempelai Watie dan Azza (dua dari kanan) di Bandar Baru Bangi, Selangor semalam.


BANGI – Dua bekas anggota kumpulan Elite yang pernah popular dengan lagu Tamparan Wanita pada era 1990-an selamat melangsungkan persandingan serentak di sini semalam.
Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 35, melangsungkan persandingan dengan pasangannya, Zulkifli Daud, 39.
Zulkifle atau nama komersialnya Joey merupakan bekas penyanyi kumpulan Exist.
Azza pula atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 34, bersanding dengan Azlan Zulaily, 25.
Pasangan mempelai berkenaan sudah pun melangsungkan pernikahan sebelum ini.
Watie dinikahkan dengan Joey di rumahnya di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang pada 22 Disember tahun lalu manakala Azza pula dinikahkan dengan Azlan di Masjid Bukit Antarabangsa pada 1 April lalu.
Majlis persandingan serentak kedua-dua mempelai itu diadakan di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir yang turut menyambut ulang tahun perkahwinan ke-20 bersama suaminya, Zaharudin Abdul Hamid.

No comments:

Post a Comment